VLOG 14 | RareHut Glamz Campsite | Sawada Tent Japan | Family Camping Malaysia | Sound of Rain
ฝัง
- เผยแพร่เมื่อ 15 ต.ค. 2024
- Johor diberkati dengan 400km garis pantai dan mempunyai banyak unsur alam semula jadi seperti tanah berhutan, bakau, pantai pasir, pulau dan tidak dilupakan, sungai! Ia adalah syurga sebenar untuk pencinta luar dan terus menjadi salah satu pilihan utama untuk berkhemah!
Selain dari glamping, RareHut Glamz juga menyediakan tapak untuk para campers yang tegar untuk merasai suasana glamping dengan menggunakan khemah sendiri.
Menjadi daya tarikan glamping di tengah-tengah persekitaran semula jadi yang menghijau, sambil merenung bintang-bintang di langit malam, jauh dari hiruk-pikuk bandar. Sungai Sedili Besar juga menyediakan peluang yang baik untuk pengalaman unik ini. Tempat ini mempunyai landskap hutan bakau yang banyak, sangat sesuai untuk menyelami keajaiban alam semula jadi.
Sememangnya "RareHut Glamz" adalah satu destinasi yang menerapkan semangat kekeluargaan dan juga alam semula jadi.
Hanya 5 minit daripada pekan Tanjung Sedili, campsite ini mempunyai kemudahan yang terbaik yang pernah saya kunjungi. Nak tahu selanjutnya?:-
📍Campsite Review
RareHut Glamz Campsite:-
Mungkin konsep yang terdapat banyak hut-hut kecil sekitar tapak campsite diterapkan kepada nama glamping dan campsite ini.
Kadar sewa bayara per tapak
RM 80 / night
Optional : Sampah RM 20
Deposit : RM 50
Boleh call or whatsapp terus number ni
www.wasap.my/60137343003 CO
Fasiliti yang termasuk harga sewa
Tapak ✅
Parking ✅
Toilet dan Shower macam resort, cantik dan bersih✅
Ada water heater ✅
Sinki & cermin ✅
Reception ada buat jualan macam kedai runcit ✅
Ice, air Coway dan lain-lain ada disini ✅
Kolam renang sesuai utk budak-budak ✅
Badminton ✅
Archery ✅
Caroom, dart, dan basikal ✅ (Perlu bayaran sedikit)
Tanah keras, hati kena cekal ✅
Plugpoints setiap tapak, dekat sahaja ✅
Laut ❌
Sungai ✅ tapi bukan untuk mandi
Telco semua cemerlang ✅
Chalet ❌
Cafe ✅ (Rasanya dah ada penjual coffee)
Glamping ✅ Sangat cantik khemah glamping mereka
Sungai dan Laut:
Bersebelahan dengan Sungai Sedili Besar hanyalah untuk para campers yang gemar aktiviti memancing sahaja. Sungai tersebut tidak boleh buat mandi dan mungkin nanti CO boleh terapkan river cruising sebagai salah satu aktiviti.
Keadaan Siang dan Malam:
Waktu siang panas terik, waktu balik kami sekeluarga sun burn kerana tak pakai sunblock. Sebaiknya pakai sunblock tau geng! Waktu malam biasa sahaja, tiada sejuk dan tiada panas. Masih memerlukan kipas didalam khemah
Keadaan Jalan:
Perjalanan dari Johor Bahru memakan masa 1 jam 20min (95 km) dan dari lain-lain korang google maps sendiri ya. Jalan masuk ke kampung Tg Sedili ini elok dan sesuai dengan semua jenis kereta. Jalan tar sehingga ke main road campsite. Dan selepas itu gravel dan jalan berbatu merah. Tiada masalah ketika hujan lebat, dan sesuai utk semua kenderaan. Cuma kena tenang dan relaks untuk mencari tapak campsite ni. Ramai orang kata susah, tapi kami sekali jalan dah jumpa.
Bandar/Pekan Terdekat:
Lebih kurang 2 min sampai ke kedai runcit. Semuanya ada disini. Jika korang dah sampai sini, maksudnya kena berhenti lunch di beberapa kedai yang famous seperti Awang Nasi Dagang, Celup-celup 5A, Ikan Bakar Mala Anan dan banyak lagi! Harga boleh tahan, sedap dan memuaskan!
Overall experienced:
Harga untuk kami sekeluarga kira okay untuk RM80/night disebabkan facilities dan aktiviti yang ada amat memuaskan. Raisa happy, kami happy! Dan campsite ni untuk family yang besar amat berbaloi! Anak korang akan main dari pagi sampai ke malam itu sudah pasti! Its a great family camping campsite for sure! Tandas macam resort antara killer point juga untuk kami.
Tetapi terdapat banyak juga pembaikan yang perlu dilakukan oleh CO, yang paling utama ialah size tapak, 4.8m x 4.8m hanya muat khemah bersaiz kecil. Tapi CO boleh bertolak ansur dan memudahkan urusan khemah bersaiz besar seperti kami.
Untuk tapak campsite yang keras, saya telah berbual dengan CO dan mereka ingin upgrade kepada memasang deck kayu! Alangkah indahnya, semoga dipermudahkan urusan pembaikan tapak campsite! Other than that, maybe ada campers inginkan view yang cantik dan menarik, tetapi bedasarkan tapak yang ada, view untuk campers hanyalah tent glamping
Tent: Sawada 6p Sand White shope.ee/6pd8L...
Lamp: Skogen Cob Led Lamp Gold shope.ee/qLvCS...
Follow us on Social Media:
Instagram: / rdhafhmi
Tiktok: / rdhafhmi
Camera:-
Sony ZVE-10 / Sigma 30mm 1.4
Other Equipments:-
Zhiyhun Crane M3
Slider Andoer 40cm
K&F Filter
Software:
Canva
Lumafusion
#sawada #cottontent #flexbowtent #sawadamalaysia #sawadatent #asmr #camping #campsitereview #familycamping #familycamping #naturehike #semulajadi #outdoor #soundofnature #anxietyrelief #tunneltent #naturehikemalaysia #familycampingjohor #familycampingmalaysia #campingasmr #campingvlogs #campinglife #campinggear #stanley #sonyzve10 #sonyalpha #lumafusion
so inspiring......
Terima kasih sis 🥰
bagus ya tempat campingnya...
rapih ada blok bloknya
happy camping dan sukses selalu salam 1 hobby 20:14
Terima kasih, salam satu hobby juga 🙏🏼
Ok x camping kt situ? Lepas raya pon kami ke sana.. dapat slot lepas raya..
Utk kami not bad, cuma kena aware tanak keras, berbatu, but other than that one of the best campsite juga yang kami pernah pi.
Nice cinematic vlog,
Coffee and camping is the perfect blend.
Thanks so much!
dekat sedili banyak tmpt yg menarik . kampung saya di sedili besar bang
Betul tu, dari pantai sampai ke sungai. Kalau ada port kedai makan yang consistent buka mesti lagi bestt
❤❤❤ love this journey
❤️❤️❤️
Video cantik, campsite pun cantik jgk
Terima kasih!
Hahaha kelakar part your daugther main carrom 😅😂
Dia mmg funny sikit lately
kat mana camping tu cantik
Dekat tg sedili bang 🥰
done support member
Mantap member, terima kasih
🫶🏻👏🏻👏🏻
Chayunk lebih