Masalah Kerosakan Komponen Crankshaft Pulley/ Main Pulley Pada Engine Kenderaan

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 22 ต.ค. 2024
  • Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemahiran
    Content video Ini saya berkongsi jenis masalah kerosakan dan cara mengenalpasti masalah kerosakan pada komponen crankshaft pulley/ main pulley pada sistem belting engine kenderaan.
    Tanda-tanda kerosakan pada crankshaft pulley/ main pulley
    1. Pada awal mula hidupkan engine pada bahagian belting mengeluarkan bunyi geseran kasar yang sangat kuat
    2. Alternator tidak dapat berfungsi dengan baik untuk memgecas semula bateri kenderaan (pemeriksaan bacaan voltage dilakukan dan didapati bacaan charging sytem tidak baik, dan alternator digantikan dengan yang baharu tetapi masih sama masalah voltage charging system tidak mengecas semula bateri)
    3. Kurang power semasa pemanduan kenderaan
    4. Sistem yang berkaitan pada sambungan belting tidak dapat berfungsi dengan baik seperti
    i. Alternator
    ii. Water Pump
    iii. Power Steering Pump
    iv. Aircond Compressor
    Akibat kerosakan komponen crankshaft pulley/ main pulley
    1. jika damper pada crankshaft/ main pulley pecah 100% ia akan mengakibatkan kegagalan pada
    sistem yang berkaitan pada sambungan belting tidak dapat berfungsi sepenuhnya
    i. Alternator (sistem elektrical dan pengecasan bateri kenderaan)
    ii. Water Pump (sistem coolant penyejukan engine kenderaan)
    iii. Power Steering Pump (sistem power steering kenderaan)
    iv. Aircond Compressor (sistem penghawa dingin kenderaan)
    Terima Kasih kepada viewers dan jangan lupa subscribe, like, share dan tekan button loceng untuk tidak terlepas content berkenaan automotif pada masa akan datang.
    Terima Kasih

ความคิดเห็น • 56

  • @moygigi7839
    @moygigi7839 6 หลายเดือนก่อน +1

    bos kalau pusing manual nut pulley tu ,bleh jd lari ke timing dia

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  6 หลายเดือนก่อน +1

      tak akan lari marking timing selagi timing belt berhubung pada camshaft pulley atas dan crankshaft pulley bawah👍🏽

  • @gareardandersonbendix7938
    @gareardandersonbendix7938 25 วันที่ผ่านมา +1

    Time driving..Avanza sya pecah main pulley... towing ke wrorkshop..tukar yg baru ..start..engine sensor menyala..check computer..keluar code ETC -electronic transmission controller...makanik suggest buat setting kunci...sya confius..apa kaitan tukar pulley dgn kunci kereta...boleh bagi idea tak bang?

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  25 วันที่ผ่านมา

      Nombor Trouble Code ETC di Scanner berapa? dari info yang encik beri di komen ini seperti masalah pada TCU Transmissiom Control Unit, Modul utama yang kawal sistem gearbox automatic, cuba padam dahulu code itu jika boleh, jika tak boleh check socket pada TCU kot2 ada miss communication dari socket.
      tapi jika dah mekanik yang check kereta encik kata begitu, mungkin ada sebab lain kot, cuba dulu follow mekanik encik. minta dia jelaskan untuk kefahaman encik.
      Terima Kasih sudi komen :)

  • @dannysautorepair
    @dannysautorepair ปีที่แล้ว +1

    Watching here from new York city

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  ปีที่แล้ว +1

      Thanks you🙏🏽 Respect from Malaysia🙌🏽

  • @sahdanshahid1274
    @sahdanshahid1274 2 วันที่ผ่านมา +1

    Bos mau tanya krta sy iriz kluar lmbg cek enjin sy scan pakai obd scanner kluar code
    "crankshaft position,
    Camsaft position
    Correlation bank 1
    Sensor A"
    Apa masaalah dia tu bos..

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  2 วันที่ผ่านมา

      sensor crankshaft ada pada bahagian bawah oil sump, sensor camshaft ada pada bahagian atas cover head, cuba buka cuci dahulu permukaan sensor, kadang2 kerak minyak melekat pada permukaan sensor yang menjadikan code pada scanner naik. jika ada masalah susah nak start atau engine mati tiba2. boleh cuba cara tadi dahulu, kemudian cuba bersihkan throttle body, jika tak menjadi juga boleh check connecting socket sensor atau berkemungkinan sensor dah beri petanda awal untuk penggantian sensor baru.
      Terima Kasih

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  2 วันที่ผ่านมา

      boleh check juga seperti dalam video ini, marking pada crankshaft pulley, berkemungkinan pusingan timing engine tak selari yang mengakibatkan sensor gagal terima signal dengan tepat.
      Terima kasih

  • @kaizozooo7641
    @kaizozooo7641 9 หลายเดือนก่อน +1

    hujunh video baru aku paham...hahahaha..

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  9 หลายเดือนก่อน

      😅 Terima Kasih view full video, terbaik🙏🏽👍🏽

  • @mohdshahrilsalleh3657
    @mohdshahrilsalleh3657 7 หลายเดือนก่อน +1

    Kalau pully ni Rosak dia ada keluar bunyi tak?

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  7 หลายเดือนก่อน +1

      kebiasaanya ada disebabkan ganguan pusingan belting tidak selaras, jika tidak berbunyi boleh pastikan kerosakan dengan marking seperti tertera pada video. Terima Kasih

    • @mohdshahrilsalleh3657
      @mohdshahrilsalleh3657 7 หลายเดือนก่อน +1

      @@IzhamZurinGarage OK baiklah

  • @FreddolinUjoe
    @FreddolinUjoe 3 หลายเดือนก่อน +1

    Nak tanya bos ku...nat yg tengah tu terlalu keras utk d buka....ada cara lain kahh nak buka...!!???? Makasi tuan...

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  3 หลายเดือนก่อน

      spray anti rust. sekarang ada jual socket box special untuk buka nut2 yang ketat, boleh cari di kedai tools ataupun boleh cuba dengan cara. letak spana pada nut pulley, tahan spana jangan bagi bergerak dengan atau pada sesuatu, kemudia crank sikit2.
      Terima Kasih

  • @fdilrais8353
    @fdilrais8353 9 หลายเดือนก่อน +1

    Salam ..keta sya iswara..bile check batry gan alternator ok..masalah ea ble start blik mcm xde power..econ x sejuk.tingkap slow..beri penjelasan bleh?

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  18 วันที่ผ่านมา +1

      waalaikumsalam, cuba check sistem pengecasan (alternator) semasa buka lampu, pasang aircond dan buka radio, buka semua accsesories yang ada pada kereta dan tengok bacaan charging sistem ok atau tidak, ada setengah jenis masalah alternator, bila start engine running bisa charging sampai kebateri cantik, bila buka accs yang ada pade kereta bacaan charging drop.
      Terima Kasih

  • @begunrahim
    @begunrahim 11 หลายเดือนก่อน +1

    Tuan , nak tanya bateri kereta selalu kong , 6 bulan je mesti out , masalah apa , ada kaitan dgn pulley ke

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  11 หลายเดือนก่อน

      pertama perlu check menggunakan battry tester untuk kenalpasti samaada masalah pada batry ataupun alternator tidak charge, jika kedua ini ok
      kedua check current leak menggunakan test light pada batry untuk kenalpasti ada leaking current ataupun tidak pada kereta.
      untuk lebih lanjut boleh whatsapp saya ke 013-3185687 Terima Kasih🙏🏽

  • @HasrulizaChehassan
    @HasrulizaChehassan ปีที่แล้ว +1

    Tuan...mcmn pulak dengan pulley engine vios?

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  ปีที่แล้ว

      sama juga caranya untuk kenalpasti kerosakan, marking selari dan running kemudian off engine dan perhatikan pada marking yang telah ditanda, jika masih selari bermakna ia masih dalam keadaan baik, jikan tidak selari garisan yang telah ditanda, rubber damper pada crankshaft pulley bermasalah dan perlu ditukarganti baharu.
      Terima Kasih🙏🏽

  • @Nescafelimau
    @Nescafelimau 6 หลายเดือนก่อน +1

    bunyi mcm bersiul time on aircond...lepas tukar compressor baru..adakah sebab main pulley tu goyang ?

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  6 หลายเดือนก่อน

      boleh cuba check dan adjust ketegangan belting dahulu.
      apa2 perkembangan selepas adjust belting boleh update di comment semula Terima Kasih

    • @MohdHillary
      @MohdHillary 2 หลายเดือนก่อน +1

      Sye punya crank pully Sudah pusing..bila bawak bukak aicon xde pawer nk mati..gearbox auto PON kadang x betul..nak tanya ada kaitan ke dengan sistem gearbox??

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  2 หลายเดือนก่อน

      @user-ib6ib8fg5e Maksud kenyataan itu crank pully sudah pusinh dia lari marking ya? jika sudah berpusing lari marking sebaiknya ganti crankshaft pulley baru dengan segera kerana ia akan kacau sistem pengecasan bateri dan sistem air penyejukan enjin, power pada engine juga akan berkurangan, berkemungkinan juga pertukaran gearbox auto jadi kacau disebabkan masalah crankshaft pulley lati marking, cuba dahulu perbaiki kerosakan yang nampak. jika masih sama keadaan gearbox itu baru periksa masalah yang lain pula.
      Terima Kasih

  • @topgamingmobile4877
    @topgamingmobile4877 6 หลายเดือนก่อน +1

    Bang nak tanya kalau pully ni rosak dia akan ada bunyi ke kalau bawak keta time ujan?bunyi macam tikus bnyi yg memyakitkan telinga

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  6 หลายเดือนก่อน +1

      ya boleh jadi juga masalah seperti itu, tapi boleh check belting dulu, jika masih ok, adjust beri tegang semula belting, jika tak ok ganti baharu, jika masalah sama juga terjadi baru boleh cuba check sperti step yang tertera pada video
      Terima Kasih

    • @topgamingmobile4877
      @topgamingmobile4877 6 หลายเดือนก่อน +1

      @@IzhamZurinGarage ok bang terima kasih tapi belting sye dah tukar baru dah semua dh belting masih tegang tapi bila bawak dalam ujan dia bunyi tikus lepastu aircond wiper jadi slow tu punca dari main pulley jugak ke

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  5 หลายเดือนก่อน

      @topgamingmobile4877 perlu periksa dahulu, boleh juga cuba cara seperti tertera pada video bagi memastikan masalah. Terima Kasih

  • @sulltanarif1
    @sulltanarif1 8 หลายเดือนก่อน +1

    Adakah kereta boleh jadi berat ?
    Saya punca bezza bila off aircond kereta pickup lancar je..bila on ada bunyi ketek ketek ketek mcm dari enjin..kereta pun berat je..bila naik bukit lagilah..kena tekan minyak habis..baru naik Sikit..boss boleh bagi cadangan..kadang kadang ada bau hangit..ingatkan comrpessor aorcond dan magnet rosak..dah tukar original sepasang masih ada masalah ini..boleh tolong tak..

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  7 หลายเดือนก่อน

      berkenaan bila on aircond ada bunyi itu perlu check pada bahagian belting, jika belting ok perlu periksa salah satu pulley yang berhubung pada belting, contoh yang ranking top paling selalu bermasalah 1. Tensioner bearing
      2. Water Pump
      3. Alternator bearing
      4. Compressor (yang ini jika dah baru boleh abaikan)
      apa2 perlu check dulu punca bunyi itu dari komponen apa.
      berkenaan masalah engine berat tiada power pula, axia dan bezza selalunya perlu check bahagian ignition coil, spark plug (jika kering tiada kebocoran minyak masuk kedalam sistem spark plug), spark plug dan ignition coil dalam keadaan OK, boleh cuba cuci throttle body dahulu, untuk cuci throttle body perlu ada pengetahuan berkenaan service throttle body bagi mengelakkan throttle body rosak selepas service, Tips untuk cuci throttle body tak perlu cabut pun tak apa, on switch engine(tidak perlu start engine), tekan pedal minyak rapat sampai habis, kemudian seorang perlu bersihkan/ lap pada trottle body sehingga bersih menggunakan spray anti karat diy pun boleh, dan nak lagi bagus beli throttle body/ carburator cleaner lagi mudah kotoran dibersihkan, lap dengan kain bersih. AMARAN jangan tekan bilah/ butterfly pad trottle body dengan tangan, lap dengan berhati2 jangan tertekan terlalu kuat pada bilah trottle body yang membolehkan throttle body rosak.
      sebarang pertanyaan lebih detail boleh whatsapp saya pada 013-3185687
      Terima Kasih

  • @abdhakim1403
    @abdhakim1403 ปีที่แล้ว +1

    Kalau alternator selalu kong blh jd sbb pully ni ke??da dua kali tukar.pomen kata masalah wiring

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  ปีที่แล้ว

      untuk pengetahuan encik, alternator sekarang yang gred recond selain original banyak yang bermasalah, saya sendiri sebagai mekanik juga mengalami masalah seperti tukar alternator banyak kali tetapi masih bermasalah, ia kerana kami mengikut kemampuan bajet dari customer, selepas kami kenalpasti masalah, kami jelaskan pada customer dan terpaksa juga menggunakan parts original atau gred yang baik bagi selesaikan masalah 2 3 kali kerja ganti alternator dan customer juga akan berpuas hati walaupun harga memang agak mahal🙏🏽
      untuk jenis masalah crankshaft pulley ini encik boleh cuba lakukan sendiri marking dengan liquid, jika marking yang ditanda tidak selari selepas engine dimatikan, ia berpunca dari masalah crankshaft pulley🙏🏽
      jika betul masalah berpunca dari wirering, encik boleh ke bengkel yang terdekat dan mahir untuk pemeriksaan wirering yang bermasalah🙏🏽
      Note: alternator original kereta boleh dibaikpulih semula di kedai repair alat electronic kenderaan
      Terima Kasih

  • @shafiqcapix8297
    @shafiqcapix8297 ปีที่แล้ว +1

    Kalau pakai full besi ok x

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  ปีที่แล้ว

      saya tak pasti ada tidak full besi, yang saya tahu jenis aftermarket ada jual lightweight aloi x silap besi ringan untuk performance.
      sebaiknya jika engine masih tiada apa2 ubah suai seeloknya pakai mengikut jenis spec barang asal bagi mengekalkan prestasi engine dan dapat mengekalkan ketahanan komponen sistem sedia ada pada engine.
      Terima Kasih

    • @shafiqcapix8297
      @shafiqcapix8297 ปีที่แล้ว +1

      @@IzhamZurinGarage ok2 trma kasih

    • @fadzleyawek9528
      @fadzleyawek9528 ปีที่แล้ว +1

      9

    • @metzmatu8409
      @metzmatu8409 8 หลายเดือนก่อน +1

      Getah/rubber Damper di situ untuk mengurangkan gegaran atau torsional vibration dari crankshaft.

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  8 หลายเดือนก่อน

      @metzmatu8409 2 yang encik maksudkan itu betul, ia berfungsi mengurangkan kilasan gegaran yang terhasil dari 2 sudut perkara luar engine dan dalam engine yang berhubung satu sama lain bagi menjaga ketahanan komponen yang terlibat.
      Terbaik encik Terima Kasih sudi berkongsi👍🏽

  • @mohdshahril1586
    @mohdshahril1586 ปีที่แล้ว +1

    Idling x stabil ms cold start boleh jd x bang main pulley rosak?

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  ปีที่แล้ว +1

      kereta apa ya tu? biasa masalah yang melibatkan idling engine tidak stabil akibat dari angin yang masuk kedalam engine, perlu periksa komponen apa bermasalah yang terlibat pada sistem angin pada engine
      untuk pertanyaan lebih detail boleh whatsapp saya ke 013-3185687
      Terima Kasih

    • @mohdshahril1586
      @mohdshahril1586 ปีที่แล้ว +1

      @@IzhamZurinGarage kereta wira. Ms hot ok, cold start shj..

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  ปีที่แล้ว +1

      untuk wira boleh check keadaan throttle body dan jika ada gunakan FICD boleh cuba adjustkan pada trottle body dan FICD, dapatkan 900rpm semasa idle biasa dan 1000rpm semasa hidupkan aircond (jika tiada FICD boleh modifi gunakan FICD untuk selesaikan masalah idle engine tak stabil.
      atau basic boleh cuba dahulu besihkan throttle body (gunakan throttle body cleaner ataupun spray anti karat RP7 atau WD40)

    • @mohdshahril1586
      @mohdshahril1586 ปีที่แล้ว +1

      @@IzhamZurinGarage da pakai da ficd.. Boleh jd throttle body masalah. Nti sy nk check throttle body tgk, maybe byk carbon. Or vacuum masalah.

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  ปีที่แล้ว

      👍🏽

  • @rcmanrc2453
    @rcmanrc2453 ปีที่แล้ว +1

    adakah crankshaft pulley vios ncp93 ada getah juga? apa simptom nya?

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  ปีที่แล้ว

      ada juga getah damper pada crankshaft pulley, biasa masalah yang kerap berlaku akibat masalah crankshaft pulley alternator tak dapat berfungsi untuk charge bateri walaupun alternator dah digantikan banyak kali dengan yang baharu.
      untuk nak kenalpasti masalah crankshaft pulley mudah sahaja, ambil liquid ataupun pen marker yang terang untuk dilihat, boleh marking buat garisan pada crankshaft pulley dan boleh ikut step seperti didalam video untuk kenalpasti masalah kerosakan pada crankshaft pulley/ main pulley

    • @rcmanrc2453
      @rcmanrc2453 ปีที่แล้ว +1

      @@IzhamZurinGarage kereta i sudah tukar alternator & bateri baru. tapi masa check voltage bateri masa engine dah start bawah 12V . sepatutnya lebih dari 14V masa charging. Vios ni dah dekat 300k km 1 owner. Tak pernah tukar crankshaft pulley lagi. Nanti i check crankshaft pulley. terima kasih.

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  ปีที่แล้ว

      owh okay boleh check dulu crankshaft pulley.
      sama sama👍🏽

  • @1788able
    @1788able ปีที่แล้ว +1

    Betul ke klu pully ni x ok... bateri kereta selalu kong..

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  ปีที่แล้ว +1

      ya, ia disebabkan pusingan daripada pulley engine tidak selaras dan ada miss, menjadikan belting yang berhubung pada alternator tidak dapat memberikan daya pusingan yang kuat pada alternator untuk alternator berfungsi mengecas semula tenaga bateri kereta

  • @thehelmi
    @thehelmi 6 หลายเดือนก่อน +1

    Baru tukar tadi. Ada bunyi, tukar sekali main pulley dengan belting.
    Senyap terus, kereta pun lebih pickup dan laju.
    Myvi SE 2009.

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  6 หลายเดือนก่อน +1

      Alhamdulillah Terbaik👍🏽

  • @sulltanarif1
    @sulltanarif1 ปีที่แล้ว +1

    Suara kurang...

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  ปีที่แล้ว

      Maaf, akan diperbaiki pada content video akan datang🙏🏽 Terima Kasih