Meringue Cornflakes Chocolate Chips Cookies @ White Rock Cookies
ฝัง
- เผยแพร่เมื่อ 8 พ.ย. 2024
- #resepi #biskutraya #cornflakescrunchycookies #meringuecookies #resepimudah #cornflakesrecipe
Assalamualaikum semua, episod kali ni saya kongsikan satu resepi biskut raya 'Meringue Cookies'..dalam resepi ni saya gabungkan bersama cornflakes, coklat chips & kismis..bagi yang pernah makan tahu la rasanya macam mana memang sedap sangat.. Teksturnya rangup dekat luar dan lembut bahagian dalam biskut, tapi sebenarnya kalau kita tak buat betul-betul memang agak susah sikit nak jadi..boleh cuba ikut resepi ni sebab saya dah setting ngam2 dah cara nak buat sehingga betul-betul cun teksturnya..untuk tahu lebih lanjut boleh tonton video resepi sehingga selesai..Selamat mencuba 😀✌️
.......…......…...........................................................................................
MERINGUE CORNFLAKES CHOCOLATE CHIP COOKIES @ ROCK COOKIES, By Aziz Fazham
Bahan-bahan resepi:
4 biji putih telur saiz B (tapis dulu sekali putih telur untuk buang lendir)
¼ sudu kecil serbuk tar-tar
½ cawan gula
Secubit garam
½ sudu kecil perasa vanilla
3 cawan cornflakes
1 cawan coklat chip
½ cawan kismis
Tips penting: "bagi menghasilkan tekstur rangup di luar, lembut di dalam"...
*setelah adunan semua sudah sebati, jangan biarkan lama, boleh terus susun atas tray ketuhar kemudian terus bakar untuk mengelakkan cornflakes jadi lemau.
*Bakar biskut mengikut kesesuaian saiz ketuhar yang digunakan (penerangan dalam video).
*Setelah biskut siap dibakar/masak, keluarkan dari ketuhar dan rehatkan sekejap sahaja lebih kurang 1 minit kemudian terus simpan dalam bekas kedap udara.
..............................................................................................................
The ingredients:
4 egg whites
¼ teaspoon cream of tartar
½ cup sugar
A pinch of salt
½ teaspoon of vanilla essence
3 cups of cornflakes
1 cup chocolate chips
½ cup raisins
Jangan lupa subscribe channel @ / @azizfazham.01
Meringue cookies 😋
Terbaik
Alhamdulillah 😊 👍👍