Faraid Kritikal : Bila Tiada Anak Lelaki

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 24 พ.ย. 2024

ความคิดเห็น • 131

  • @titam9360
    @titam9360 2 ปีที่แล้ว

    Anak2 dh terlambat atas semua.Nasihat sy,wujudkn lh hibah.

  • @latifflatif2348
    @latifflatif2348 ปีที่แล้ว +1

    terbaik...info..🤲🤲🤲

  • @nisahnut8165
    @nisahnut8165 10 หลายเดือนก่อน +1

    Salam tuan , saya harap tuan bca komen saya ,, saya ada dua orang adik beradik permpuan ,, ayah tiada isteri dan duduk di atas tanah arwh atuk dn nenek tapi telah di bahagikan ikut adik beradik ayah ,,ayah saya bina rumh di atas tanah bahagian dia ,,ayah saya telah meninggal dunia dan cuma mpunyai 2 orang anak permpuan ,, kami tidak ada tempat tinggal hanya rumah arwah ayah saja ,,tapi adik beradik permpuan ayah saya mhu rumah pusaka ayah kami ,, jdi bagaimna mahu hadap situasi bgini,,kami telah di halau dri rmh hnya kerena rumah tersebut 😂,,

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  10 หลายเดือนก่อน +1

      Salam. Jika ayah bina rumah atas tanah bahagiannya, anak2nya layak terima 2/3 bahagian pusaka (jika 2 atau lebih anak perempuan shj). Hak puan dan adik beradik puan tidak boleh dinafikan (kecuali atas sebab lain yg puan tidak nyatakan). Jika adik beradik arwah mengganggu, puan boleh ambil tindakan undang2 ke atas mereka

  • @MazuraMazalan
    @MazuraMazalan 7 หลายเดือนก่อน

    Cara utk menghibah hartanah kpd anak perempuan dan kosnya

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  7 หลายเดือนก่อน

      Boleh whatsapp saya. Sebab ada banyak cara untuk hibah yang akan affect kos

  • @rizman6053
    @rizman6053 8 หลายเดือนก่อน +1

    Salam tuan, dari segi syarak, boleh ke seseorang hibahkan 100% hartanya kpd semua anak perempuannya? Kerana dia nak elakkan faraid. Bermakna, waris yang layak menerima faraid takkan dapat apa2 lagi. Bolehkah dr segi syarak (bukan dari segi mana yang “seimbang” atau “wajar” atau “seeloknya” tp dari segi hukum).

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  8 หลายเดือนก่อน

      Jawapan ada dlm soalan tuan yg lain

  • @mohdsuhairilmeon6117
    @mohdsuhairilmeon6117 3 หลายเดือนก่อน

    Alhamdulillah..bagus penerangannya..mcmana nak contact dan bertanya utk hibah dan perancangan seterusnya?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  3 หลายเดือนก่อน

      boleh hubungi di: whatsform.com/hdycuo​

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  3 หลายเดือนก่อน

      Boleh ke?

  • @ustazismailsaleh7188
    @ustazismailsaleh7188 3 ปีที่แล้ว

    Bagi terus masa hidup senang.
    Kalau melalui agensi, kena cas pulak beberapa persen dari nilai.

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  3 ปีที่แล้ว +1

      Boleh juga. Bergantung kpd keperluan. Cuma kalau dah bagi terus dan tiba2 penerima meninggal dulu, jadi hak waris2 penerima. Kalau harta tu memang lebihan dan dah tiada keperluan bagi pemberi, maka, tiada masalah.Tapi kalau masih memerlukan harta tersebut contohnya masih tinggal dalam rumah tu, jadi masalah kat tuan pemberi.
      Sbb ramai yg membayangkan dia meninggal dunia sebelum penerima, walhal kematian tak kira umur.
      Begitu juga kalau penerima pergi jual harta tu. Seperti yang jadi kes di seremban, mak ayah kena halau dari rumah yang dah bagi kepada anak mereka
      Kaedah hibah bersyarat ni beri option utk jaga kepentingan semua pihak. Bergantung kepada keperluan masing2. Kalau bagi terus masa hidup lebih baik, maka teruskan.
      Btw, bagi terus pun kena cas persen juga. Cas ad volarem di lhdn. 1-4%. Apa2 pun, semuanya ada kos.
      Saya dah explain dalam video ni. Sila tonton
      th-cam.com/video/Rl1_5MzHwy0/w-d-xo.html

  • @nurizzatimokhtar
    @nurizzatimokhtar 2 ปีที่แล้ว +1

    Assalamualaikum tuan. Sekiranya si mati (wanita) mempunyai 6 ank perempuan sahaja. Ibu, ayah & suami telah meninggal. Mohon pencerahan pembahagian harta pusaka. Utk ank2 perempuan & saudara kandung (lelaki & perempuan). Terima kasih.

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  2 ปีที่แล้ว +1

      Salam puan. Anak2 perempuan mendapat 2/3 bahagian. Bakinya akan dibahagikan kpd waris2 yg lain. Untuk pengiraan tepat, sila gunakan kalkulator di bawah. Dan masukkan juga atok, nenek, moyang dan ke atas jika masih ada
      faraid.usm.my/msl/faraid.asp

    • @nurizzatimokhtar
      @nurizzatimokhtar 2 ปีที่แล้ว

      Terima kasih tuan ats pencerahan

  • @zulkefflihatim7211
    @zulkefflihatim7211 ปีที่แล้ว

    Salam, sya berniat untv menghibah rumah, bolih tuan menyediakn set lengkap dokumen hibah .berapa upah nya

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  ปีที่แล้ว

      Salam. Insyaallah saya boleh bantu. Boleh Whatsapp saya utk perbincangan.
      wanhaslimwanibrahim.wasap.my

  • @rizman6053
    @rizman6053 8 หลายเดือนก่อน

    Minit ke 6:50, blh saya tahu, boleh ke hibahkan rumah utk waris selepas kematian? Sblm ni pemahaman saya hibah adalah dari “si hidup” kepada “si hidup” dan perlu dilaksanakan dengan rukun2 hibah semasa hidupnya. Maknanya semasa hidupnya lagi geran rumah perlu ditukar nama, dan diuruskan oleh penerima hibah atas kehendaknya. Boleh ke laksanakan hibah selepas mati? Harap dapat tolong jelaskan sebab ada kekeliruan

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  8 หลายเดือนก่อน +2

      Perlu bezakan antara hibah dan tukar nama. Tukar nama itu adalah proses undang2 sivil. Hibah adalah niat dan perbuatan kita. Hibah tak semestinya mesti tukar nama, tetapi mesti patuhi kaedah undang2
      Hibah yg tukar nama terus ni biasanya jenis hibah mutlak. Kalau tak tukar nama, kita boleh buat hibah bersyarat. lni merujuk kpd undang2 ya

  • @sriwaningsih3153
    @sriwaningsih3153 ปีที่แล้ว

    Salam tuan..ayah saya punya 5 ank perempuan kmudian ibu meninggal dan 2 adik perempuan saya juga sdah meninggal terlebih dulu,lalu ayah saya meninggal jg saat ini kmi tinggal 3 org perempyan adikberadik...ayah saya punya 1 adik perempuan dari ibu yg berbeda tapi satu ayah...kmi ingin menjual tanah peninggalan utk dibagi 3 lalu apwkah adik ayah saya dapat bahagian berapa?terimakasih

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  ปีที่แล้ว

      Salam. Adik ayah ada bahagian. Boleh buat kiraan di bawah.
      faraid.usm.my/msl/faraid.asp
      Masukkan jika atok dan nenek masih ada

  • @Itskenkenichi
    @Itskenkenichi 9 หลายเดือนก่อน

    Assalamualaikum Tuan. Mohon penjelasan. Jika suami meninggal, meninggalkan seorang isteri, tiada anak lelaki, ada 2 orang anak perempuan, ibu masih ada, abang (anak tidak sah taraf), adik perempuan. Layakkah adik beradik arwah suami menerima faraid suami? Terima kasih.

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  9 หลายเดือนก่อน

      Wa'alaikumussalam. Hanya adik beradik yg sah taraf shj akan dapat bahagian

  • @aishimanmiadanish5797
    @aishimanmiadanish5797 2 ปีที่แล้ว +1

    Maaf bertanya tn.sekiranya arwah meninggalkan 11 anak perempuan tiada lelaki..bagaimana?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  2 ปีที่แล้ว

      Bahagian anak2 perempuan adalah 2/3. Bahagian ini dibahagikan 11 bahagian. Utk pengiraan lbh terperinci, boleh kira di sini
      faraid.usm.my/msl/faraid.asp

  • @fidahazmi
    @fidahazmi ปีที่แล้ว

    assallammualaikum tuan saya ingin bertanya
    ibu saya telah meninggal dunia sudah 6 thn tp arwah ibu ada meninggalkan brg emas yg dibeli oleh ayah saya suami si mati bila ayah tiada pekerjaan utk menyara hidupnya ayah menjual brg emas arwah ibu tanpa pengetahuan ank laki2 dan yg tahu anak perempuan shj, salah ke ayah saya menjual brg emas arwah ibu sy utk ayah saya meneruskan kehidupan selepas ketiadaan isterinya krn ayah yg membeli brg emas arwah ibu saya semasa hidup

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  ปีที่แล้ว +1

      Salam. Bergantung kepada kaedah pemberian ayah kepada arwah ibu. Jika barang kemas itu diberi secara pinjaman, maka ayah berhak utk mengambil semula termasuklah menjualnya.
      Jika diberi terus, maka ia menjadi pusaka arwah ibu. Ayah berhak mendapat 1/4 shj. Bakinya perlu diberikan waris yg lain. Tetapi jika semua waris redho utk serahkan kpd ayah, maka tiada masalah

  • @msc4166
    @msc4166 3 ปีที่แล้ว +3

    Kalau saya hanya ada anak perempuan, adik beradik saya boleh dapat harta saya. Jadi, harta yang adik beradik saya dapat tu boleh mereka gunakan untuk keluarga mereka masing-masing, Betul ke? Atau harta tu digunakan untuk menjaga anak si mati? Maksudnya, dah ambik harta tu, kena ada tanggungjawab la. Bukan ambik tanpa tanggungjawab.

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  3 ปีที่แล้ว +3

      Mendapat bahagian pusaka dan tanggungjawab menjaga anak si mati (wali) adalah 2 perkara yang berbeza.
      Cuma susur galur wali dan waris faraid ada persamaan.
      Duit yang dapat oleh waris, terpulang kepada mereka utk menguruskannya. Tanggungjawab mereka sebagai wali tetap ada.
      Bab wali yg dimaksudkan ini merujuk kepada tanggungjawab memberi nafkah atau disebut sebagai nafkah kerabat.
      Tapi kena fahamlah, nafkah kerabat ini hanya pada perkara asas sahaja. Jika inginkan penjagaan anak yg lebih baik, rancanglah pembahagian harta sebaik2nya. Hibahlah harta2 puan kpd anak

  • @nonprofit9426
    @nonprofit9426 ปีที่แล้ว +1

    saya ada soalan
    jikalau 1 kakak (sudah berkahwin)
    adek lelaki no 3 (belum kahwin) dan 4 adek perempuan(sudah berkahwin)
    minta jelas kan.

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  ปีที่แล้ว

      Soalannya?

    • @nonprofit9426
      @nonprofit9426 ปีที่แล้ว

      @@pusakaatausaka Dalam 3 beradik yang saya sebut siapa yang dapat lebih?

    • @nonprofit9426
      @nonprofit9426 ปีที่แล้ว

      @@pusakaatausaka Ayah nya baru sahaja meninggal dunia.

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  ปีที่แล้ว

      Kalau itu shj warisnya, anak lelaki 2/7, dan SETIAP anak perempuan 1/7
      Boleh kira di sini
      efaraid.mais.gov.my/EFARAID/k-faraidmais.do

    • @nonprofit9426
      @nonprofit9426 ปีที่แล้ว

      @@pusakaatausaka Terima kasih banyak banyak.

  • @jyn1s
    @jyn1s 3 ปีที่แล้ว +1

    Assalamualaikum Tuan, saya sebagai pentadbir wang kwsp arwah bapa saya. Arwah bapa saya anak tunggal, bapa nya tiada (tidak dikenalpasti) sepanjang hidupnya dia tidak tahu siapa bapa nya. Ibu kandung arwah bapa saya masih ada hidup. Dan saya anak bongsu daripada 4 orang adik beradik. Semuanya perempuan. Harta pusaka tinggalan arwah bapa saya hanya duit kwsp sahaja. Macam mana ya saya ingin menguruskan duit ni dgn lebih jelas? Patutkah saya jelaskan duit hutang fidyah arwah dan upah haji arwah?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  3 ปีที่แล้ว +2

      Salam Puan. Takziah atas pemergian bapa puan. Sebelum harta pusaka dibahagikan, perlu ditolak dahulu kos pengebumian dan hutang2, kecuali ada waris2 yang ingin bayarkan. Hutang ni termasuk hutang dengan dengan Allah seperti haji, fidyah, zakat, nazar dan sebagainya. Lebihan barulah dibahagikan secara faraid atau muafakat.
      Untuk kenali siapa waris2 puan, boleh lihat kalkulator faraid di ruang description

    • @jyn1s
      @jyn1s 3 ปีที่แล้ว

      @@pusakaatausaka terima kasih Tuan. Maaf saya ingin bertanya lagi, kami beradik tidak duduk bersama arwah bapa kerana arwah dan ibu saya bercerai. Jadi kami tidak tahu tentang hutang zakat dan nazar arwah, bagaimana saya nak uruskan tentang itu ya tuan?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  3 ปีที่แล้ว +2

      Sebaik2nya sebarang hutang perlu ditulis/direkodkan. Jika tiada, puan mgkn perlu bertanya kepada orang yang rapat dengan bapa.

  • @zulkifliramli8022
    @zulkifliramli8022 4 หลายเดือนก่อน

    Assalamualaikum Tuan. Mohon bertanya; seorang perempuan meninggal dunia. Ada hanya anak lelaki. Tiada suami. Ayah dan ibunya telah meninggal.
    Pembahagian pusakanya bagaimana? Semuanya kepada anak lelaki tersebut?
    Terima kasih.

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  4 หลายเดือนก่อน +1

      waalaikumussalam. Betul..hanya kpd anak lelaki

    • @zulkifliramli8022
      @zulkifliramli8022 4 หลายเดือนก่อน +1

      @@pusakaatausaka Terima kasih, tuan.

  • @alikhanmohdyuosop6005
    @alikhanmohdyuosop6005 7 หลายเดือนก่อน

    Kalau saya anak angkat perempuan sahaja macamana tu cara nak bagi harta

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  7 หลายเดือนก่อน

      Kalau nk bagi kepada anak, boleh buat hibah harta. Insyaallah saya boleh bantu. Boleh whatsapp saya di wanhaslimwanibrahim.wasap.my

  • @khairiazrine6024
    @khairiazrine6024 ปีที่แล้ว

    Salam tuan... Ayah saya ada seorang adik lelaki. Namun meninggal dahulu kemudian baru mak nye. Adik lelaki ayah ada 8 anak. Ayah mempunyai 4 anak.. adakah waris kepada adik ayah layak menerima bahagian mereka?

  • @airzackazam7421
    @airzackazam7421 3 ปีที่แล้ว

    Salam tuan.. Mcm mana nk buat hibah harta ni ye? Klu utk rumah kna refer siapa n utk kenderaan kna refer dgn siapa utk hibah ni..?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  3 ปีที่แล้ว

      Salam. Insyaallah saya boleh bantu untuk hibah tuan.
      Boleh whatsapp saya di : wanhaslimwanibrahim.wasap.my
      atau isikan borang ini, insyaallah saya akan hubungi semula
      forms.gle/YUCJwAzbFFPvGog96

  • @sumazrinamurad4931
    @sumazrinamurad4931 ปีที่แล้ว

    Slm tuan saya br menonton channel ini...
    Kami ada 2 ank perempuan..adik suami saya 2 org perempuan ...bagaimana kah itu?
    5 lg perempuan ,1 lelaki tetapi berbinti/ bin bapa lain..ibu yg sama kesemuanya...adakah mereka ini terlibat.?
    Adakah pembahagian harta pusaka di semenanjung sama dgn di sabah.
    Suami saya org sabah ( muallaf).
    Blh tuanjelaskan..tksh .🤲

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  ปีที่แล้ว

      Salam. Adakah keluarga suami juga mualaf? Bagaimana ibu dan bapa?

    • @sumazrinamurad4931
      @sumazrinamurad4931 ปีที่แล้ว

      @@pusakaatausaka Ya...keluarga suami saya ..ibunya ( mertua) saya msh ada.non muslim.bapanya dh lama tiada ( non muslim jg) .

    • @sumazrinamurad4931
      @sumazrinamurad4931 ปีที่แล้ว

      @@pusakaatausaka wslm tuan.

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  ปีที่แล้ว

      Jika non muslim, mereka tiada bahagian dalam faraid.
      Jika suami tiada waris lain yg beragama Islam, maka pembahagian adalah:
      Isteri 3/24
      2 Anak 16/24
      Baitulmal 5/24

    • @sumazrinamurad4931
      @sumazrinamurad4931 ปีที่แล้ว

      @@pusakaatausaka slm tuan....suami saya( muallaf) ada 2 adik beradik perempuan ( jg muallaf) .1 dah berkhawin..1 lg xkahwin...jd bagaimana kah itu tuan?

  • @dalilashaari7302
    @dalilashaari7302 ปีที่แล้ว

    Kalau rumah masih dlm bank loan....boleh ke buat hibah ke anak?

  • @AsmawiYusuf
    @AsmawiYusuf 4 หลายเดือนก่อน

    Assalamualikum ... Bolehkah saya menjual rumah yg saya hibahkan

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  4 หลายเดือนก่อน

      Wa'alaikumussalam. Jika dijual, maka terbatal lah hibah?

  • @AsmawiYusuf
    @AsmawiYusuf 4 หลายเดือนก่อน

    Assalamualaium... Setelah di hibahkan pada anak2 saya.. boleh ke saya menjual rumah yg saya hibahkan

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  4 หลายเดือนก่อน

      Wa'alaikumussalam. Harta yang dihibahkan kpd anak cucu dan ke bawah boleh ditarik balik tanpa perlu mendapatkan kebenaran. Setelah ditarik balik, bolehlah rumah itu dijual

  • @ainihayati9080
    @ainihayati9080 3 ปีที่แล้ว

    Bagaimana pula bahagian utk pasangan...tidak disebutkan

  • @nurulnadia7273
    @nurulnadia7273 ปีที่แล้ว

    Salam tuan..sy tiada anak ..suami meninggal dan meninggalkan rumah dgn harta lain spt tanah dan umah sewa atas nma sy seorang shj..adik beeadik suami boleh ke menuntut harta tersebut?dan barang kemas yg suami belikan pada sy adakah perlu pembahagian faraid wlupun emas tersebut bli guna dwit sy sikit..lagi satu prlu ke buat hibah jika hrta tersebut MMG diatas nma sy

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  ปีที่แล้ว

      Salam puan. Takziah atas pemergian suami puan.
      jika nama sudah nama puan, maka ia bukan pusaka kecuali dinyatakan sebaliknya oleh suami puan spt barang amanah dsb.
      Begitu juga barang kemas. Jika memang diberikan kepada puan, itu adalah milik puan. Bukan barang pusaka kecuali suami berikan sbg pinjaman, amanah, dsb.
      Puan digalakkan untuk buat hibah sekiranya terdapat harta yang puan ingin berikan secara spesifik kpd seseorg. Contohnya rumah kpd anak saudara sulong. Barang kemas kpd adik beradik perempuan, cash kpd ibu dan bapa. Jika tidak dihibahkan, setiap harta akan dibahagikan mengikut kiraan faraid jika puan dijemput Ilahi.

    • @nurulnadia7273
      @nurulnadia7273 ปีที่แล้ว

      @@pusakaatausaka Terima kasih atas penjelasan tuan

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  ปีที่แล้ว

      Sama2...semoga dipermudahkan urusan

  • @aishajamaluddin2597
    @aishajamaluddin2597 2 ปีที่แล้ว

    Bagaimana untuk lantik WASI

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  2 ปีที่แล้ว

      Dengan membuat Dokumen Perlantikan. Boleh hubungi saya utk detailsnya:
      wanhaslimwanibrahim.wasap.my

  • @zabedahbakar5242
    @zabedahbakar5242 ปีที่แล้ว

    Tuan, klau adik beradik kandung telah meninggal, adakah harta itu akan pergi kpd anak2 lelaki mereka

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  ปีที่แล้ว

      Bergantung. Sbb waris faraid ni ada 25 golongan. Boleh buat kiraan di sini
      faraid.usm.my/msl/faraid.asp

  • @aliezaazman8130
    @aliezaazman8130 ปีที่แล้ว

    Mak saya ada 3 orang anak perempuan. Ayah dah meninggal. Atom n nenek juga dh tiada tapi mak masih ads adik beradik lelaki dan perempuan. Siapa hak waris yv layak utk difaraid?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  ปีที่แล้ว

      Adik beradik puan serta semua adik beradik lelaki dan perempuan mak

    • @aliezaazman8130
      @aliezaazman8130 ปีที่แล้ว

      @@pusakaatausaka terima kasih Tuan sudi reply.

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  ปีที่แล้ว

      @@aliezaazman8130 sama2

  • @najmizahari3556
    @najmizahari3556 ปีที่แล้ว

    Asalamualaikum. Saya nak tanya, adakah anak susuan akan dapat dalam pembahagian harta pusaka jika si-mati tiada anak kandung?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  ปีที่แล้ว

      Wa'alaikumussalam. Anak susuan bukan waris

    • @najmizahari3556
      @najmizahari3556 ปีที่แล้ว

      @@pusakaatausaka ok. Tapi Simati tiada anak kandung. Kalau simati dah beri siap2 sebelum dia pergi mcm mana

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  ปีที่แล้ว

      @@najmizahari3556 kalau dah beri siap2, dah keluar daripada pusaka..dah tak jadi faraid

    • @najmizahari3556
      @najmizahari3556 ปีที่แล้ว

      @@pusakaatausaka oo faham. Satu lagi soalan, contoh si-mati ada adik tapi sama ibu sahaja, Ayah lain2, maknanya ibu dia kahwin 2kali. Adik si-mati tu layak dapat harta pusaka tak? Lepastu, Mcm mana pulak sebaliknya. Kalau sama ayah. Tapi ibu lain2. Adik si-mati layak dapat harta pusaka si-mati

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  ปีที่แล้ว

      Saudara kandung, Saudara seibu lain bapa, saudara sebapa lain ibu.... sama ada lelaki atau perempuan adalah waris

  • @adamsufianchan1915
    @adamsufianchan1915 ปีที่แล้ว

    #PusakaatauSaka kalau xada anak lelaki, saudara lelaki dan bapa,,, dan kita meninggal sebelum sempat buat hibbah,,, 1/3 drpd harta kita pi mana boss? cukup2 xguna punya undang2,, (undang2 main copy n paste dari negara lain tanpa membuat kajian terlebih dahulu).

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  ปีที่แล้ว

      Mgkn atok nenek, moyang, anak saudara, cucu, cicit, pakcik makcik, sepupu sepapat. Ada 25 golongan semuanya, termasuklah baitulmal. Dan kiraan ni termaktub dalam al-quran sebagai hukum faraid. Jika tiada hukum ni, bergantung kepada negara tu nk set macam mana. Mgkn isteri langsung takde bahagian jika tiada anak lelaki, semuanya milik kerajaan?
      Bab 1/3 tu takde. Semuanya melalui kiraan yg spesifik. Boleh kira di sini
      faraid.usm.my/msl/faraid.asp

    • @adamsufianchan1915
      @adamsufianchan1915 ปีที่แล้ว

      @@pusakaatausaka alhamdulillah, dan tq sbb sudi jwb soalan sy,,
      1.niat sy ajukan soalan, untuk mendapatkan pencerahan..
      2.mohon maaf tuan,, bab dpt kpd baitulmal nie, sy cari dah cari pulak, dlm quran serta kitab2 muktabar, tapi mmg xjumpa2.. (sebab musabab serta mcm mana baitulmal boleh ada sekali dlm senarai 25 golongan tersebut, boleh tuan terangkan)?
      3.dlm link yg tuan attach itu juga tidak menerangkan bagaimana nama baitulmal boleh ada sekali
      4.1/3 harta yg sy maksudkan adalah berdasarkan kpd pengalaman yg sy sendiri lalui. sy pernah mengajukan soalan yg sama kpd beberapa buah institusi yg berkaitan serta sy juga telah mengajukan soalan yg sama kpd beberapa buah negara, tapi hingga kini, sy masih belum dpt sebarang jawapan dari mereka).
      MOHON PENJELASAN DARI TUAN,, TQ

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  ปีที่แล้ว

      @@adamsufianchan1915 2- dalam bab baitulmal sebenarnya ikut negara. Ada yg mengamalkannya ada yang tidak. Contohnya negara bukan Islam, memang tiada baitulmal. Tetapi ada juga negara Islam yg tidak ada baitulmal sebagai waris.
      Kaedah ni sangat kompleks. Mungkin tuan boleh hadiri kursus2 yg dianjurkan berkenaan kiraan faraid ni. Saya pernah hadiri kursus di facebook.com/akademialif/
      3- Dalam link tu, bila ada lebihan automatik akan ada bahagian baitulmal. Tuan boleh cuba dengan tidak meletakkan apa2 waris, tekan "kira pembahagian", maka baitulmal akan mendapat 1/1 bahagian
      4- Bahagian 1/3 tu saya tak pasti, sebab kiraan faraid ni berbeza setiap orang. Sebab tiada penetapan khusus 1/3 kepada baitulmal. Baitulmal hanya akan dapat bahagian jika ada lebihan (setelah ditolak semua waris yang layak)

    • @adamsufianchan1915
      @adamsufianchan1915 ปีที่แล้ว

      @@pusakaatausaka baitulmal akan dpt 1/1 maksudnya,,, kesemuanya sekali... hehehe
      dan kesimpulannya,, tuan tidak dpt memberi jawapan yg muktamad?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  ปีที่แล้ว

      Betul

  • @norlizaabdulrahman8782
    @norlizaabdulrahman8782 3 ปีที่แล้ว

    Salam tuan, sekiranya hanya ada anak tunggal perempuan. Harta sepencarian jika tk dibuat hibah. Apakah akan jatuh pd adik beradik ibu bapa yg lain?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  3 ปีที่แล้ว

      Salam. Dari segi faraid, anak perempuan tunggal hanya akan mendapat 1/2 daripada setiap harta pusaka.
      1/4 kepada suami jika yang meninggal dunia adalah isteri.
      1/8 kepada isteri/isteri2 jika yang meninggal dunia adalah suami.
      Selebihnya akan dibahagikan kepada waris-waris yang lain. Terdapat 25 golongan waris faraid yang menanti, bukan setakat adik beradik ibu bapa yang lain.
      Jika nak tahu secara kiraan tepat, boleh hubungi saya melalui borang yang disediakan.
      Harta sepencarian boleh dituntut jika harta itu atas USAHASAMA suami dan isteri. Kebiasaannya hanya maksimum 50% sahaja boleh dituntut. Cuma tuntutan ni bukan automatik, tetapi perlu dibuat melalui perbicaraan di mahkamah syariah. Pihak yg menuntut perlu sertakan bukti2 harta itu diperoleh secara usahasama. Boleh jadi dalam bentuk resit atau lebih mudah jika ada dokumen Deklarasi Harta Sepencarian.
      Mahukan temujanji? Klik link ini:
      forms.gle/p1ZtX2nX2t36mNf5A
      Nak kira faraid? Isikan borang ini :
      forms.gle/YUCJwAzbFFPvGog96
      wanhaslimwanibrahim.wasap.my
      facebook.com/wanhaslim.wanibrahim

  • @tjbchncgg2279
    @tjbchncgg2279 ปีที่แล้ว

    Kurang paham satu per 18..itu berape

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  ปีที่แล้ว

      1/18 daripada pusaka....itu pecahan bahagian

  • @OriginalDX
    @OriginalDX ปีที่แล้ว

    bukan hibah x boleh dibuat kalau nak lari dari faraid ke?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  ปีที่แล้ว

      Betul. Hibah dibuat semasa hidup. Jadi faraid tak wujud lagi

  • @mariaaripin8921
    @mariaaripin8921 3 ปีที่แล้ว

    Salam Tuan...bagaimana pula suami yg meninggalkan seorg isteri dan 2 org anak perempuan, ibu bapa dan adik beradik suami 6 org (2 lelaki 4 perempuan) juga telah meninggal dunia, siapakah lg waris yg berhak?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  3 ปีที่แล้ว

      Salam. Maaf saya kurang jelas siapa yg masih hidup dan siapa yg dah meninggal dunia. Puan boleh lihat senarai waris dan kiraannya di sini :
      faraid.usm.my/msl/faraid.asp

    • @mariaaripin8921
      @mariaaripin8921 3 ปีที่แล้ว

      @@pusakaatausaka Maaf Tuan...maksud saya, suami telah meninggal, arwah ada seorg isteri dan 2 org ank perempuan sahaja. Ibubapa dan semua adik beradik suami juga telah lama meninggal dunia.

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  3 ปีที่แล้ว

      @@mariaaripin8921 kalau mcm tu...puan boleh lihat senarai dalam link yang saya beri. Mgkn melibatkan anak2 saudara suami. Jika semua tiada dalam senarai itu, maka bakinya akan ke baitulmal

    • @mariaaripin8921
      @mariaaripin8921 3 ปีที่แล้ว

      @@pusakaatausaka T'kasih Tuan kerana telah share link tersebut...dan saya dapati anak lelaki saudara kandung lelaki boleh mewarisi harta sepeninggalan. T'kasih sekali lg Tuan kerana membantu.

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  3 ปีที่แล้ว

      @@mariaaripin8921 sama2. Semoga urusan puan dipermudahkan

  • @rizzfarra787
    @rizzfarra787 ปีที่แล้ว

    Assalamualaikum Tuan, mak saya dah meninggal Dan ada rumah sewa..saya tak mahu bahagian saya. Soalannya: kami tidak ada adik beradik lelaki..ada 3 org adik beradik perempuan sahaja. Bagaimana pengiraan/pembahagian ? Waris lain tu seperti siapa ya Tuan? Mak saya tak buat hibah, tapi sebelum meninggal ada bgtahu nak bagi adik yg kedua sahaja. Bagaimana tu Tuan?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  ปีที่แล้ว

      Salam. Pembahagian berbalik kepada faraid. Tetapi jika semua waris bersetuju, boleh berikan kpd adik. Boleh periksa kiraan faraid di sini
      faraid.usm.my/msl/faraid.asp

    • @nonprofit9426
      @nonprofit9426 ปีที่แล้ว

      ​@@pusakaatausakasaya ada soalan
      jikalau 1 kakak (sudah berkahwin)
      adek lelaki no 3 (belum kahwin) dan 4 adek perempuan(sudah berkahwin)
      minta jelas kan.

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  ปีที่แล้ว

      @@nonprofit9426 soalannya?

  • @farahanarodzi6332
    @farahanarodzi6332 3 ปีที่แล้ว

    Salam...jika suami ada tinggalkan isteri, ibu, 2 anak perempuan, 1 adik lelaki dan 3 adik perempuan...peratusan bahagian faraid utk adik beradik perempuan suami tetap ada ka??

  • @zanizack1731
    @zanizack1731 2 ปีที่แล้ว

    Tuan,maksud hibah ni kena bayar tiap2 bulan ke..mcm insurans tu.

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  2 ปีที่แล้ว

      Hibah ni adalah kaedah pemberian HARTA seperti rumah, kereta, akaun bank, asb, tabung haji, syarikat, dsb kepada sesiapa yang kita hendaki.
      Manakala insurans takaful tu hanya menghibahkan PAMPASAN takaful kepada sesiapa yg kita hendaki.
      Dari segi bayaran hibah harta ni, bergantung kepada harta apa yang tuan hibahkan, sebab setiap harta ada kaedah berbeza. Boleh whatsapp saya jika ingin maklumat lanjut

  • @jayda5117
    @jayda5117 2 ปีที่แล้ว

    Assalamua'laikum Tuan, jika saya anak tunggal perempuan. Ibu saya adalah ibu tunggal dan mempunyai 2 adik lelaki & seorang adik perempuan. Jika ibu saya telah meninggal , bagaimanakah pembahagian harta? Adakah adik beradik ibu saya layak menerimanya?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  2 ปีที่แล้ว

      Salam puan. Bahagian faraidnya adalah 1/2 utk puan dan 1/2 lagi kepada adik beradik ibu (jika ibu dan ayahnya sudah tiada). Sebaik2nya buat lah hibah harta

    • @jayda5117
      @jayda5117 2 ปีที่แล้ว +1

      @@pusakaatausaka Terima kasih atas pencerahan

  • @indrashah4943
    @indrashah4943 ปีที่แล้ว

    Salam tuan nenek saya ade 6 org anak 3org perempuan 3org lelaki,sebelum nenek saya meninggal nenek telah membuat surat wasiat untuk membahagikan hasil jualan tanah kepada semua anak anak sama banyak setelah beliau meninggal,tetapi mak saya telah meninggal dahulu.soalan saya adakah aruah mak saya telah hilang kelayakan untuk mendapat bahagian tersebut ?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  ปีที่แล้ว

      Salam. Betul, mak tiada bahagian kerana meninggal sebelum nenek. Dan berkenaaan wasiat, tiada wasiat kpd ahli waris faraid. Boleh tgk video saya :
      th-cam.com/video/UFeGGF5Utns/w-d-xo.html

  • @mohdnizam4176
    @mohdnizam4176 ปีที่แล้ว

    As salam...kami 5 beradik...4 lelaki n 1 perempuan.semasa hayat ibu bapa tak ada buat hibah pd sape yg hndak diberikan.cuma cakap2 pd saudara mara kami.apabila ayah n ibu meninggal...kami pergi ke pjbt tanah Bangi utk urusan bicara tuntutan harta pusaka kecil.bila bicara...adik perempuan menyatakan pd majestic bahawa rmh arwah bapa adalah milik nya...sedangkan bapa x da buat hibah semasa hidup nya.bapa kami...meninggal pd sabtu...dan selepas 2 hari dr hari kematian bapa..mak pun meninggal.dan juga semasa ibu bapa kami hidup lagi...adik no 3 kami nyatakan pada ibu bapa ...jika ibu bapa jika dah x da nanti...dia akan bahagi sama rata....bila penjelasan tersebut di buat...ibu bapa kami x buat urusan di pjbt tanah atau pun pejabat peguam.bila bicara...dia nyatakan di pjbt tanah bangi.majestic tu beri tahu...jika adik perempuan tersebut nak tuntut rmh tersebut milik nya...bole ke mahkamah syariah...n jika anak lelaki nak batalkan tuntutan tersebut...bole ke mahkamah sivil....adik perempuan kena bawa saksi bagi pihak nya...saudara mara kami...apakah bole dia berbuat sedemikian...sedangkan arwah ibu bapa kami x da buat hibah.....atau pun surat bertulis ,audio atau visual semasa ibu bapa semasa dia hidup.nak jual rmh tersebut...utk kami faraid atau bahagi kan sama rata...dia berkeras...bahwa rmh tersebut milik nya dng alasan ...bapa ada berckp2 dng sedara mara kami semasa hidup....sedangkan bapa x da buat sebarang urusan hibah di pjbt tanah atau pjbt peguam...minta penjelasan n pencerahan...wasalam

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  ปีที่แล้ว

      Salam tuan. Spt yg saya pernah share dlm video mengenai hibah, ia berkaitan dengan hukum dan undang2. Sekiranya dr segi hukum dipenuhi, maka sah la hibahnya. Tetapi dari segi undang2 perlu dibuktikan dengan bukti atau keterangan saksi. Hanya mahkamah tinggi syariah sahaja yg boleh membuat keputusan. Jika ada pihak yg tak berpuas hati dgn keputusan mahkamah, boleh bawa ke mahkamah rayuan syariah pula.

  • @Mysha1802
    @Mysha1802 4 หลายเดือนก่อน

    Seandainya saya meninggal Dan mempunyai sorang anak perempuan, masih ada suami, Dan ibu,abg Dan kakak adik. Bagaimana pengiraan nya.
    Terima kasih

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  4 หลายเดือนก่อน

      suami 1/4, ibu 1/6, anak perempuan 1/2....bakinya kpd adik beradik dgn nisbah lelaki 2 bahagian dan perempuan 1 bahagian.
      Dalam kes puan saya galakkan puan buat hibah

    • @Mysha1802
      @Mysha1802 4 หลายเดือนก่อน

      @@pusakaatausaka terima kasih tuan atas penerangan nya.kalau hibah tu macam kita kena refer ke mana tuan.

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  4 หลายเดือนก่อน

      Boleh hubungi saya terus di whatsform.com/HDycuO

  • @muhdfirdaus9505
    @muhdfirdaus9505 ปีที่แล้ว

    Kurang faham tuan penjelasan maklumlah dah berusia ni lambat pickup

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  ปีที่แล้ว

      Tuan boleh whatsapp saya jika ada pertanyaan lanjut ye

  • @faridahsulong5514
    @faridahsulong5514 2 ปีที่แล้ว

    Tuan, bole sy dptkn no tel? Sy nk buat hibah

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  2 ปีที่แล้ว

      Boleh. Wan Haslim - 013-397 7710. Atau klik link wanhaslimwanibrahim.wasap.my

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  2 ปีที่แล้ว

      Salam puan. Puan berjaya hubungi saya?

    • @rizzfarra787
      @rizzfarra787 ปีที่แล้ว

      Assalamualaikum Tuan, mak saya dah meninggal Dan ada rumah sewa..saya tak mahu bahagian saya. Soalannya: kami tidak ada adik beradik lelaki..ada 3 org adik beradik perempuan sahaja. Bagaimana pengiraan/pembahagian ? Waris lain tu seperti siapa ya Tuan? Mak saya tak buat hibah, tapi sebelum meninggal ada bgtahu nak bagi adik yg kedua sahaja. Bagaimana tu Tuan?

  • @MazuraMazalan
    @MazuraMazalan 7 หลายเดือนก่อน

    Cara utk menghibah hartanah kpd anak perempuan dan kosnya

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  7 หลายเดือนก่อน

      Boleh hubungi saya di wanhaslimwanibrahim.wasap.my