SELAWAT

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 2 ก.พ. 2025

ความคิดเห็น • 1

  • @ShahrinHerman
    @ShahrinHerman 5 หลายเดือนก่อน

    ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
    SELAWAT HARI JUMAAT SETELAH ASAR.
    “Selawat yang berasal dari Nabi ﷺ banyak, begitu juga dari para sahabat, tabi’in dan para imam. Akan tetapi yang penting ialah hati kita bersambung kepada Nabi Muhammad ﷺ, berselawat dengan hati yang hadir dan rindu kepada Baginda.
    Dikatakan bahawa ada 4 sifat yang mujarab boleh bermimpi bertemu Nabi ﷺ,
    1. Banyak berselawat kepada Nabi ﷺ
    2. Hati selalu tersambung dengan Baginda
    3. Mengagungkan sunnah-sunnah Baginda
    4. Berkhidmat kepada ummat dan syariat Baginda
    Salah satu bentuk selawat yang agung adalah dengan mengucapkan:
    اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ النَّبِيِّ اْلأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم تَسْلِيْمَا.
    “Ya Allah, limpahkan selawat atas Penghulu kami Nabi Muhammad, hamba-Mu, Nabi-Mu dan Rasul-Mu. Nabi yang ummi dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya limpahkan pula salam sejahtera padanya.”
    Dan disunnahkan seseorang membaca selawat tersebut setelah Asar hari Jumaat, 80 kali.
    Seperti yang diriwayatkan Imam Thabrani, “Barangsiapa yang berselawat setelah Asar hari Jumaat, 80 kali, dosanya akan diampuni selama 80 tahun.”
    Atau sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad ﷺ,
    اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ نُورِكَ السَّارِيِّ وَمَدَدِكَ الْجَارِيِّ وَاجْمَعْنِيْ بِهِ فِي كُلِّ أَطْوَارِيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ يَا نُورٌ.
    “Ya Allah, limpahkanlah selawat serta salam kepada junjungan Nabi Besar Muhammad, sang cahaya-Mu yang selalu bersinar dan pemberian-Mu yang tak kunjung putus, dan kumpulkanlah aku dengan Rasulullah di setiap zaman, serta selawat untuk keluarganya dan sahabatnya, wahai Nur (Cahaya).”
    [Habib Ali Zainal Abidin bin Abdurrahman Al-Jufri]
    Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'
    instagram | telegram : @kalam_ulama