Qasidah Peristiwa Sebelum Kelahiran Rasulullah Lirik Rumi

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 18 มี.ค. 2023
  • Alunan : Ustaz Neezam al-Banjari
    Lirik Rumi dan Arab
    Sebelum tibanya kelahiran baginda
    Terdapat alamat dan jua petanda
    Para anbiya' telahpun bercerita
    Kepada umat mereka tentang nabi kita
    Ya Rasulullah
    اللهم صلي وسلم على سيدنا ومولانا محمد عداد ما في علم الله صلاة دائمة بدوام من ملك الله
    Ya Rasulullah
    Api majusi yang dijadikan berhala
    Disembah raja dan rakyat jelata
    Lalu terpadamlah dengan tiba-tiba
    Selepas seribu tahun ia menyala
    Ya Rasulullah
    اللهم صلي وسلم على سيدنا ومولانا محمد عداد ما في علم الله صلاة دائمة بدوام من ملك الله
    Ya Rasulullah
    Meretaklah istana Raja Kisra
    Hati gelisah bertanyakan pendeta
    Lalu dijawab itulah tandanya
    Akan lahirlah insan termulia
    Ya Rasulullah
    اللهم صلي وسلم على سيدنا ومولانا محمد عداد ما في علم الله صلاة دائمة بدوام من ملك الله
    Ya Rasulullah
    Kota Makkah dilindungi Allah
    Dengan berkat cahaya Rasulullah
    Dari serangan tentera bergajah
    Yang dipimpin oleh Raja Abrahah
    Ya Rasulullah
    اللهم صلي وسلم على سيدنا ومولانا محمد عداد ما في علم الله صلاة دائمة بدوام من ملك الله
    Ya Rasulullah
    Cahaya nabi terpancar pada wajah
    Abdul Muttalib ayahnya Abdullah
    Gajah yang putih besar serta gagah
    Melutut taat kekuasaan Allah
    Ya Rasulullah
    اللهم صلي وسلم على سيدنا ومولانا محمد عداد ما في علم الله صلاة دائمة بدوام من ملك الله
    Ya Rasulullah
    Ahlul kita menamakan anak mereka
    Dengan Muhammad tapi mati semuanya
    Kerana allah sudahpun memelihara
    Nama mulia kekasih tercinta
    Ya Rasulullah
    اللهم صلي وسلم على سيدنا ومولانا محمد عداد ما في علم الله صلاة دائمة بدوام من ملك الله
    Ya Rasulullah
    Ahlul kitab mula berasa bimbang
    Akan kelahiran cahaya yang terang
    Para jin pula sudah mula berpesan
    Tentang kehadiran insan yang budiman
    Ya Rasulullah
    اللهم صلي وسلم على سيدنا ومولانا محمد عداد ما في علم الله صلاة دائمة بدوام من ملك الله
    Ya Rasulullah
    Dengan berkat penghulu alam semesta
    Kami berdoa pada Tuhan Yang Esa
    Tewaskan yang batil menangkan yang benar
    Pertemukan kami didepan telaga Kautsar
    Ya Rasulullah
    اللهم صلي وسلم على سيدنا ومولانا محمد عداد ما في علم الله صلاة دائمة بدوام من ملك الله
    Ya Rasulullah
    Jadikan kami dikalangan ahli sunnah
    Cintakan nabi, zuriatnya dan sohabah
    Lindungi negara kami dari fitnah
    Fitnah Wahabi dan jua Syiah
    Ya Rasulullah
    اللهم صلي وسلم على سيدنا ومولانا محمد عداد ما في علم الله صلاة دائمة بدوام من ملك الله
    Ya Rasulullah
  • เพลง

ความคิดเห็น • 1

  • @user-ny5ht5ht3t
    @user-ny5ht5ht3t 8 หลายเดือนก่อน +2

    ALLAH🥰🥰🥰🥰 semoga murah rezeki