Sofaz - Janjiku (Official Lyric Video)

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 27 มิ.ย. 2024
  • #Sofaz #Janjiku #SuriaRecords #Rock #Pop #Band #Malaysia #MalaysiaMusic #MuzikMalaysia
    Setelah 2 tahun SOFAZ tidak menghasilkan album baru, mereka kembali pada tahun 2006 dengan album yang berjudul “Janjiku” yang menandakan tertunainya janji kepada peminat mereka yang telah sekian menunggu kelahiran album baru selepas album “Cintai Aku”.
    Masih lagi mengekalkan Amer, Shah, Fairouz, One dan Zimi sebagai ahli kumpulan SOFAZ, mereka juga telah menambah seorang lagi anggota baru iaitu Rodie sebagai pemain keyboard bagi memantapkan lagi nuansa muzik mereka.
    Antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan SOFAZ dengan album ini ialah perubahan pada gaya vokal Amer yang kini mirip seperti suara penyanyi band band Indonesia yang merajai album dan carta muzik tempatan pada waktu itu. Amer tidak lagi menggunakan lenggok suara yang tinggi, rancak seperti album pertama tetapi lebih menekankan pada vokal yang dalam dan bernada rendah. Disamping faktor kreativiti dari segi penulisan lirik oleh Zimi yang mula menaikkan kredibilitinya sebagai komposer baru berbakat arena seni tempatan. Meskipun berlenggok Indonesia, SOFAZ tetap mendapat perhatian penggemar muzik tanah air yang mahukan kumpulan tempatan memberikan saingan kerana perhatian pada ketika itu lebih terarah pada peserta lulusan program nyanyian realiti TV.
    Dengarkan album ini di Spotify: tinyurl.com/JanjikuSpotify
    Dengarkan album ini di Apple Music: tinyurl.com/JanjikuAppleMusic
    Dengarkan album ini di JOOX: tinyurl.com/JanjikuJOOX
    Dengarkan album ini di KKBOX: tinyurl.com/JanjikukKBOX
    Dapatkan album fizikal “Janjiku” untuk koleksi anda di sini sekarang: tinyurl.com/JanjikuShopee
    Trivia tentang "Janjiku":
    1. Lagu pertama di dalam album ini dan single pertama dari album ini adalah hasil ciptaan sepenuhnya oleh Taja & Tass.
    2, Klip video bagi single "Janjiku" ini dilakukan didalam hujan lebat dan pengambaran dibuat di beberapa lokasi sekitar ibukota. Model-model yang terlibat bagi menyerikan lagi klip video ini ialah Adilla (LIPS) dan pelakon terkenal Linda Hashim.
    SOFAZ - Janjiku
    Muzik: Taja & Tass
    Lirik: Taja & Tass
    Terbitan: Suwah Music Publishing Sdn. Bhd.
  • เพลง

ความคิดเห็น •