APA SEBENARNYA TERJADI 25 Hari Sebelum Kita Merdeka?

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 6 ก.ย. 2024
  • RALAT : Gambar Sultan Kedah adalah Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
    Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani di antara Raja-raja dengan wakil Baginda Queen, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Donald MacGillivray di King’s House, Kuala Lumpur dalam satu upacara gemilang yang berlangsung selama dua jam.
    Pada kira-kira jam 9.30 pagi, seramai 15 orang penandatangan utama, iaitu Pesuruhjaya Tinggi British ke Tanah Melayu, delapan orang Raja-raja Melayu, Tengku Mahkota Johor dan lima orang Pembesar yang berkuasa dari Negeri Sembilan (iaitu selain daripada Yang di-Pertuan Besar) serta saksi-saksi kepada penandatangan-penandatangan telah menandatangani perjanjian itu dengan menggunakan pena yang khas bertulis Federation of Malaya Agreement 1957.
    Perjanjian ini telah ditandatangani dalam 40 salinan, 20 dalam Bahasa Melayu dan 20 lagi dalam Bahasa Inggeris. Dua salinan daripada perjanjian itu dihantar kepada kerajaan British, sementara dua lagi disimpan oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
    SUMBER AUDIO : YT @whitesand
    SUMBER GAMBAR : JABATAN PENERANGAN, GETTY IMAGES, ALAMY
    SUMBER VIDEO : BRITISH PATHE

ความคิดเห็น • 349