KENINGAU | SUATU KETIKA DAHULU | ZAMAN 50AN-KINI

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 7 พ.ย. 2020
  • #Keningau
    #kisahkeningau
    #KeningauDulu
    KENINGAU
    Keningau adalah sebuah daerah yang terletak di kawasan pedalaman Sabah, Malaysia dan terbesar di Bahagian Pedalaman. Daerah Keningau boleh dihubungi menggunakan jalan darat dari Ibu Negeri Kota Kinabalu melalui Tambunan atau melalui Kimanis di mana masing-masing mempunyai jarak sekitar 128 kilometer yang mengambil masa kira-kira 2.5 jam perjalanan. Selain pengangkutan darat, terdapat juga perkhidmatan pengangkutan udara di Bandar Keningau. Bagaimanapun lapangan terbang keningau hanya sesuai untuk kegunaan kapal terbang jenis foker sahaja.
    ASAL USUL KENINGAU
    Berdasarkan kepada sejarah silam, terdapat sebuah kawasan perkampungan yang banyak ditumbuhi dengan kayu manis iaitu sejenis rempah untuk memasak. Dalam bahasa masyarakat tempatan di kawasan tersebut iaitu kaum Murut, mereka memanggilnya sebagai kayu keningau. Ketibaan orang Inggeris di kawasan tersebut menjadikan kulit kayu keningau menjadi salah satu bahan eksport mereka. Secara tidak langsung kawasan pedalaman menjadi pengeluar kulit kayu Keningau yang penting pada ketika itu. Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil keningau sehingga mewujudkan sebuah kampung seterusnya membangun menjadi sebuah bandar yang tidak ketinggalan dengan kemajuan dan menjadi pusat pentadbiran di kawasan pedalaman Sabah.
    Sejarah Keningau
    Berdasarkan kepada sejarah silam, terdapat sebuah kawasan perkampungan yang banyak ditumbuhi dengan kayu manis iaitu sejenis rempah untuk memasak. Dalam bahasa masyarakat tempatan di kawasan tersebut, mereka memanggilnya sebagai kayu kondingau.[2] Ketibaan orang Inggeris di kawasan tersebut menjadikan kulit kayu keningau menjadi salah satu bahan eksport mereka. Secara tidak langsung kawasan pedalaman menjadi pengeluar kulit kayu Keningau yang penting pada ketika itu. Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil keningau dan daripada sebuah perkampungan seterusnya membangun menjadi sebuah bandar yang tidak ketinggalan dengan kemajuan dan menjadi pusat pentadbiran di kawasan pedalaman Sabah.
    Zaman Kesultanan Brunei
    Walaupun Sabah dikuasai oleh Kesultanan Brunei sebelum abad ke-6 lagi, namun pengaruh kesultanan itu tidak dirasai oleh kaum pribumi yang tinggal di daerah Keningau.[perlu rujukan]
    Zaman pemerintahan British
    Tahun 1888 adalah tahun keramat Sabah menjadi negeri naungan British yang mana telah menjalani sistem pemerintahan secara hierarki. Kampung Nuntunan yang terletak di Apin-Apin merupakan dahulunya sebuah pusat pentadbiran British bagi mentadbir kawasan tersebut termasuklah mengawal ekonomi eksport kayu manis yang banyak tumbuh di kawasan ini. Berikut adalah nama Residen yang mentadbir Keningau semasa zaman pemerintahan British:
    Nama Residen Tahun mentadbir
    W.S Holley 1960-1961
    Roderick Maclean 1961-1963
    E.J.K Wickstead 1964
    J.P.C Burbrock 1964-1965
    Peter L. Regis 1965-1967
    Albert Watson 1967-1968
    Stephen D. Lee 1968-1971
    Alber Watson 1071-1973
    Hj. Abdul Halim Abbie 1974-1976
    Hendry Mosiun 1976-1977
    Thien Thau kiew 1977-1979
    Sistem ini dihapuskan pada tahun 1979.
    Zaman pemerintahan Jepun
    Kebangkitan Jepun sebagai satu kuasa yang kuat pada masa itu dengan slogan "Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya" dan "Asia Untuk Asia" telah mara ke Sabah bermula dari Labuan pada 1 Januari 1942 hingga menawan Sabah tanpa ada tentangan dari pihak British, ini disebabkan Gabenor British di Sandakan tidak sempat mengirimkan bantuan disebabkan sekatan terhadap jalan darat dan laut. Jepun berminat untuk membuat Rancangan membuka pusat migrasi ke Keningau tetapi rancangan itu hanya tinggal rancangan kerana ianya tidak mendapat kelulusan dari pihak British di keningau. Kekalahan pihak British di sabah amnya dan di Keningau khususnya menyebabkan tentera Jepun telah mengambil alih sistem pemerintahan di Kg Nuntunan Apin-apin. Zaman inilah kerahan tenaga dilakukan oleh tentera jepun kepada penduduk keningau bagi melaksanakan jalan raya Apin-Apin yang terlurus dan terpanjang di Sabah. Sabah di kuasai semula oleh British setelah berjaya mengusir tentera Jepun. Kehidupan di bawah kuasa tentera Jepun tidak membawa apa-apa kemajuan dan pembangunan.

ความคิดเห็น • 44

  • @salmiahm818
    @salmiahm818 2 ปีที่แล้ว +8

    Keningau tetap menjadi kenangan, arwah abah pernah bertugas sebagai PPD di sana, aku pernah menjadi guru sandaran di SK Pekan Keningau dan anak sulung ku lahir di Hospital lama Keningau.

  • @dababysusamongusballsballs5809
    @dababysusamongusballsballs5809 2 ปีที่แล้ว +4

    im a 2000s kid but i always get to live in the 80s when my grandma tells stories of sabah in the 80s

  • @hjosonong8359
    @hjosonong8359 10 หลายเดือนก่อน

    Punya siok

  • @rosnieros6029
    @rosnieros6029 ปีที่แล้ว +1

    mantap .❤❤ keningau

  • @sobriahmad8560
    @sobriahmad8560 10 หลายเดือนก่อน

    Amat rindukan Keningau byk kenangan semasa bertugas di SK Malima Sook Keningau...
    Sekarang pesat membangun dgn infrastruktur ...

  • @publish_mohdnazry
    @publish_mohdnazry 2 ปีที่แล้ว +1

    Aduiii.. Bikin rindu ooo kena ni music. Betul² legendary. Apa nama ni music Bosque 😊😊

  • @bengunir2183
    @bengunir2183 ปีที่แล้ว

    Gambar mengamit kenangan rindu.. Keningauku dahulu..

  • @zulastribinahmad4241
    @zulastribinahmad4241 ปีที่แล้ว

    85-87 aku di pekan Keningau sekolah di sk pekan keningau.2 kuning dan 3 kuning dan 4 kuning.duduk di jabatan penerangan Keningau bersama arwah abang...

  • @tangandiyazlan5846
    @tangandiyazlan5846 3 ปีที่แล้ว +5

    Aku lahir di hpl lama keningau,
    Membesar di daerah lain,
    Aku tetap rindukan keningau,
    Sebap temuni ku di tanam di sina keningau
    🤣✌️❤️

    • @specialbranchchannel2025
      @specialbranchchannel2025  3 ปีที่แล้ว +1

      Mw kena dtg keningau tu tuan.. Rindu sdh tembuni tuan sma tuan tu😁

    • @tangandiyazlan5846
      @tangandiyazlan5846 3 ปีที่แล้ว +1

      @@specialbranchchannel2025 mungkin temuni ku sudah hanyut di bawa arus banjir gred kningau 1996 dahulu☹️, entah ke mna ia pergi

    • @andybinubam1057
      @andybinubam1057 ปีที่แล้ว

      Aku tetap rindukan keningau ,,

  • @misszyaraag7175
    @misszyaraag7175 3 ปีที่แล้ว +4

    Keningau pada zaman dahulu dan skg sdh pesat membangun sdh jadi bandar yg cukup cantik dan luas..

    • @specialbranchchannel2025
      @specialbranchchannel2025  3 ปีที่แล้ว

      Betul puan, hari2 jem jln kn😂.. Trima kasih puan support channel sa🙏

  • @tituschannel6440
    @tituschannel6440 2 ปีที่แล้ว

    Semoga sukses selalu

  • @Santaisajabosku
    @Santaisajabosku 3 หลายเดือนก่อน +1

    Sekarang keningau banjir pilak..imigersen macam tidak ambil tahu huhu😂

  • @sethaiden351
    @sethaiden351 ปีที่แล้ว

    Ada kerinduan dulu2..

  • @jongadjirulreyes1976
    @jongadjirulreyes1976 ปีที่แล้ว

    i was eight years old the last time we were in kiningau 1983..

  • @linamirul5133
    @linamirul5133 2 ปีที่แล้ว

    Bagus

  • @bradpitt9328
    @bradpitt9328 2 ปีที่แล้ว +1

    Rindu pasar makan dulu dekat parking je sebelah restoran Kung sang ja..😁😁

    • @jandaperawan9703
      @jandaperawan9703 ปีที่แล้ว

      skg ni bangunan kuning tu kan? mmg bau masakan pasar mkn di tempat tu cukup menyelerakan..lalu saja kawasan situ mesti rasa lapar

  • @omarulanes512
    @omarulanes512 3 ปีที่แล้ว +2

    Kenangan...

    • @specialbranchchannel2025
      @specialbranchchannel2025  3 ปีที่แล้ว

      Kenangan yg tidak boleh dibeli kan tuan... Tidak mungkin akan terulang kembali... Mmg syok zaman dlu... Tenang sja... Apa2 pun, trima kasih sudi dtg channel sa 🙏

  • @tituschannel6440
    @tituschannel6440 2 ปีที่แล้ว

    Hadir

  • @jacklon8702
    @jacklon8702 2 ปีที่แล้ว +2

    Sepatutnya Tun Fuad tidak rushing kemerdekaan Sabah sehingga terjadinya penjajah semula iaitu Malaya

    • @graceleona3240
      @graceleona3240 2 ปีที่แล้ว

      Akhirnya smpai skg sabah msh dijajah😭

    • @jacklon8702
      @jacklon8702 2 ปีที่แล้ว +1

      @@graceleona3240 sad for Sabah and Sarawak

  • @jandaperawan9703
    @jandaperawan9703 ปีที่แล้ว

    bangunan panggung wayang ada dalam gambar ni rasanya masih ada sekarang.. cuma dah renovation.. tukar kulit

  • @zero2hero617
    @zero2hero617 3 ปีที่แล้ว +4

    kenangan..
    dmna buli dpt ni musik latar tuan?

    • @specialbranchchannel2025
      @specialbranchchannel2025  3 ปีที่แล้ว +1

      Dowload sja guna mp3 juice tuan... Taip sja nama tajuk ne video, kluar tu d mp3juice.com..trus download sja... Dpt tu.. Tq sudi bertandang d channel sa ya🙏

    • @zero2hero617
      @zero2hero617 3 ปีที่แล้ว +1

      ok..tq jg tuan

  • @zurzidin2917
    @zurzidin2917 3 ปีที่แล้ว +2

    Keningau tempat lahir ku 😘😘

    • @specialbranchchannel2025
      @specialbranchchannel2025  3 ปีที่แล้ว +1

      Ya ka bos... Skng x stay keningau ka bos...

    • @zurzidin2917
      @zurzidin2917 3 ปีที่แล้ว +1

      D kk bos.. Musim skg ssh mau kesana ke sini. Kobid kn.. Blik kg pn ssh

    • @specialbranchchannel2025
      @specialbranchchannel2025  3 ปีที่แล้ว +1

      Apa buli buat bos,Cari mkn kn... Ada rezeki dpt blk kg jga tu.. Smoga dprmudahkan urusan kamu bos🙏🙏

    • @zurzidin2917
      @zurzidin2917 3 ปีที่แล้ว

      Amin bos.. Tq tompinai👍

  • @ramidroslan169
    @ramidroslan169 3 ปีที่แล้ว +2

    Keningau hutan

  • @iqimovie1563
    @iqimovie1563 3 ปีที่แล้ว +2

    3:08
    Sekarang tu jambatan gantung suda dekat kampung sy

  • @dinali6.92
    @dinali6.92 3 ปีที่แล้ว

    Engat pula masa saya dahulu...masa saya kecil2 dulu...Tahyim masa saya dulu kecil2 dulu saya la paling suka kacau sumadak2 punya kayin pindik dahulu dan juga saya yang Paling nakal di sokalah

  • @humannatureharmony5853
    @humannatureharmony5853 3 ปีที่แล้ว

    sebelum ramai pendatang haram