MIQAT QARN AL-MANAZIL

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 7 ก.พ. 2025
  • Salah satu tempat Miqat Makani yang utama terletak di bahagian Timur Makkah al-Mukarramah, Arab Saudi.
    Miqat Qarn al-Manazil adalah antara laluan bagi jemaah Asia yang menaiki Kapal Terbang menuju ke Makkah untuk menunaikan Haji atau Umrah.
    Bagi jemaah yang menziarahi Taif dan berniat untuk melaksanakan ibadah Umrah selepas itu, mereka akan lalu dan menjatuhkan niat serta berihram di Masjid Qarn al-Manazil as-Sail al-Kabir.
    Kebanyakan jemaah apabila sampai sahaja di Masjid ini, mereka akan sesat untuk mencari kembali titik permulaan mereka sampai kerana kedudukan reka bentuk kawasan berbentuk oktagon sekata.
    Jom tonton video ini untuk kita tahu apakah panduan agar anda tidak sesat semasa berada di lokasi dan jangan lupa kongsikan tips ini kepada rakan-rakan anda yang bakal menunaikan Haji atau Umrah.
    Jika anda mendapat sesuatu dalam video ini, jangan lupa untuk kongsikan agar bermanfaat kepada orang lain.
    Bagi yang telah SUBSCRIBE Channel TH-cam MAKKAH KENANGAN TERINDAH, saya ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menyokong channel ini.
    Jika video ini bermanfaat untuk anda, bantu saya dengan tekan butang LIKE, SHARE & SUBSCRIBE Channel TH-cam MAKKAH KENANGAN TERINDAH sebagai penyunting semangat untuk saya terus berkarya.
    ...dari Makkah.
    Penulis Kenangan Terindah,
    Rabu, 10 Mei 2023M / 20 Syawal 1444H.
    #anaminmakkah
    #kitakasicerita
    #makkahkenanganterindah

ความคิดเห็น • 9

  • @noormaziah-nu4gj
    @noormaziah-nu4gj ปีที่แล้ว +1

    Terima kasih ustaz. Info yg bermanfaat.

    • @makkahkenanganterindah
      @makkahkenanganterindah  ปีที่แล้ว

      Sama-sama Puan. Terima kasih kerana sudi menonton. Semoga bermanfaat untuk semua. Barakallahufik…

  • @nuzulhaibrahim5062
    @nuzulhaibrahim5062 ปีที่แล้ว

    Assalamualaikum Ustaz dan Ustazah, Ustaz atau Ustazah ada buat Badal Haji ke utk tahun ni, saya nak tanya utk mak angkat saya, tkasih,

  • @galaxcyhaj
    @galaxcyhaj ปีที่แล้ว

    Assalamualaikum.,saya haja dr penang.....
    Jazakallah Khairan info manfaat...
    Ustad jika nk beli kereta di arab Jazirah..susah ka prosesnya..

    • @galaxcyhaj
      @galaxcyhaj ปีที่แล้ว +1

      Ustad boleh share nombor phone ?
      Ini number wassup saya..
      In Shaa ALLAH..

    • @makkahkenanganterindah
      @makkahkenanganterindah  ปีที่แล้ว +1

      Wa’alaikumussalam wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Semoga bermanfaat dengan perkongsiannya. Untuk makluman pemanduan Arab Saudi sebelah kiri.

    • @galaxcyhaj
      @galaxcyhaj ปีที่แล้ว

      Ini nombor wassup saya...

    • @galaxcyhaj
      @galaxcyhaj ปีที่แล้ว

      Ya ,saya tahu memandu sebelah kiri..

    • @norhanimghazali
      @norhanimghazali 11 หลายเดือนก่อน

      Salam ustadz ustazah ade contact number tak