Sejarah Pekan Temoh, Perak (Part 1)

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 18 ม.ค. 2023
  • Ikuti pengembaraan saya menjejak sejarah Pekan Temoh di Perak. Pekan Temoh ini terletak di dalam Daerah Batang Padang dan juga salah satu daripada berbelas pekan yang dibuka di Lembah Kinta pada kurun ke 19 serta ketika pembukaannya bergantung sepenuhnya kepada hasil industri perlombongan bijih timah. Disebabkan kepesatan dan tingginya permintaan bijih timah diperingkat global pada kurun ke 19, pemerintah British telah mengimport buruh Cina (suku Kantonis) dari Guangdong, China untuk bekerja di lombong bijih timah di Lembah Kinta termasuk di Temoh.
    Walaupun tidak terdapat banyak sumber rujukan bertulis mengenai sejarah Pekan Temoh, namun hasil kajian saya terhadap susur galur sejarah pembukaan Pekan Temoh saya cuba garap sebaik mungkin untuk perceritaan semula berdasarkan kepada pembacaan artikel dan pelbagai buku yang turut menyentuh sedikit sebanyak mengenai Pekan Temoh. Pengalaman peribadi saya sendiri melalui pekan ini pada suatu petang beberapa tahun lalu seakan telah membawa saya ke akhir kurun ke 19 melihat penghidupan masyarakat di Temoh.
    Pada part 1 ini, saya juga akan menceritakan mengenai beberapa peristiwa menarik yang terjadi di Temoh berdasarkan kepada sebuah buku yang ditulis oleh Prof Gary Lit Ying Loong bertajuk "If the Sky were to fall" yang dicetak oleh Gerakbudaya Enterprise.
    Buku ini boleh diperolehi dipautan berikut:
    www.gerakbudaya.com/If-the-Sk...
    Lokasi video part 1 ini adalah di sekitar Pekan Temoh termasuk di tepi Sg. Silo dan Sg. Chenderiang.
    Music credits:
    1. Sunshine by Kevin MacLeod (incompetech.com);
    2. Black vortex by Kevin Macleod (incompetech.com);
    3. Dark walk by Kevin Macleod (incompetech.com);
    4. Cinematic Piano by MokkaMusic:
    Track: Cinematic Piano [Cinematic Music] by MokkaMusic / Soul • (No Copyright Music) C...
    Music provided by "MokkaMusic" channel and inaudio.org; and
    5. 80'S Synthwave by MokkaMusic ("Synthetic Pleasures") at • 80's Synthwave by MOKK...

ความคิดเห็น • 81

  • @inahamdan7430
    @inahamdan7430 ปีที่แล้ว +14

    Hebat anak muda yg suka dan memahami sejarah negara sendiri..cuba selang seli sejarah lebih awal krn Perak ada sejarah purba spt penemuan Perak man..cuba ke lenggong dan kota tampan misalnya..ke tapak UNESCO..sekadar pandangan dari sy.. tahniah atas perkongsian

  • @GordonYim
    @GordonYim 7 หลายเดือนก่อน +7

    Terima kasih kerana memberi penerangan yang teliti terhadap Temoh.
    Sebelum ini, saya tak sangka pernah ada ramai cina yang berhidup di kawasan tersebut
    Bagi saya, ia hanya satu pekan kecil yang biasa
    感谢您对temoh历史的讲解!

  • @whylsl
    @whylsl 7 หลายเดือนก่อน +3

    Tuan, terimakasih! utk membuat video seperti ini, jika tidak sejarah & kisah seperti ini akan hilang selamanya. Terimakasih.

  • @Wy9083
    @Wy9083 6 หลายเดือนก่อน +3

    Appreciate your video and knowing our past history is a gem.

  • @azhanhanifah8957
    @azhanhanifah8957 หลายเดือนก่อน +1

    Content sejarah menarik sebab selain core utama memaparkan sejarah ianya juga memperlihatkan temoat²menarik tempat tersebut. Shoot juga kegiatan sosio ekonomi penduduk setempat tempat berkenaan..

  • @mrkarto8503
    @mrkarto8503 ปีที่แล้ว +6

    Saya SALUT pada mu,anak muda.SEMANGAT,SALAM SEHAT SELALU !

  • @GarryLoke
    @GarryLoke 3 หลายเดือนก่อน +1

    PEKERJAAN YANG SANGAT MULIA / VERY NOBLE WORK Like and Shared

  • @za8766
    @za8766 6 หลายเดือนก่อน +5

    This is definitely a very informative video for all us Malaysians to know about our history visually. Thank you so very much man! Keep it up👍

  • @alimimahmood1967
    @alimimahmood1967 ปีที่แล้ว +4

    Tahniah tuan atas TH-cam ini. Tentu bnyk kajian telah dibuat untuk menghasilkan kumpulan video yg menarik dan berinformasi. Selamat maju jaya

  • @chonghui769
    @chonghui769 4 หลายเดือนก่อน +1

    Ada apa apa yang menarik di Temoh? Sangat cantik pemandangan di Temoh.

  • @ghu2000
    @ghu2000 ปีที่แล้ว +6

    Kampung arwah embah saya terletak di Kg Jawa, Batu Masjid berhampiran dgn pekan Temoh. Dia akan berbasikal melalui jalan pintas utk membeli barang keperluan di pekan kecil Tempoh Stesen.

    • @mohdazmi10
      @mohdazmi10 11 หลายเดือนก่อน +1

      siapa arwah embah saudara? arwah mak mertua saya pun di kampung jawa batu masjid ini.

  • @NurAinunAbdulwahab-pi8df
    @NurAinunAbdulwahab-pi8df 2 วันที่ผ่านมา

    Dulu nye kebanyakan kg temoh, ramai org jawa...dulu2 saya selalu tinggal di rumah bapa saudara.....

  • @user-ei2vb2wd1z
    @user-ei2vb2wd1z หลายเดือนก่อน +2

    Negeri Perak ada banyak pekan2 seperti ini pekan2 sprt Siputih dan Papan kelihatan teruk dan terbiar lama Kementerian Pelancungan dan Kerajaan Negeri Perak perlu berbuat sesuatu

  • @ahmadyaniyahaya1373
    @ahmadyaniyahaya1373 7 หลายเดือนก่อน +3

    Terbaik bro. Very good u buat this history youtube. Kipidap bro

    • @malayanhistorytv
      @malayanhistorytv  7 หลายเดือนก่อน +1

      Terima kasih. Saya buat video Temoh ini tidak dirancang. Hanya untuk menguji diri bercakap dan edit video. Agak basic sebenarnya video ini. Terima kasih

  • @zedge2097
    @zedge2097 7 หลายเดือนก่อน +3

    kampungku,batu mesojit

  • @norazreesani9658
    @norazreesani9658 ปีที่แล้ว +9

    Orang luar akan sebut TEMOH tp penduduk asal akan sebut TIMOH

    • @kaknoriff7007
      @kaknoriff7007 11 หลายเดือนก่อน +1

      orang tempatan panggil Batu 6,(Pekan temoh)

    • @TheFishmara
      @TheFishmara หลายเดือนก่อน

      ya. sungguh aneh. saya pun ada pengalaman berjumpa orang kampung sana. rata-rata semua orang di situ tak kira bangsa memanggil pekan mereka "ti-moh".

  • @NurAinunAbdulwahab-pi8df
    @NurAinunAbdulwahab-pi8df 2 วันที่ผ่านมา

    Arwah pak saudara saya uztadz haji zawawi...tinggal di temoh...skrg dah tiada sape disana...

  • @johnjenin5727
    @johnjenin5727 ปีที่แล้ว +2

    Bang lepas ni pi Pinang Tunggal pulak..ada tempat sejarah jugak..Batu Terat,persempadanan Siam dengan British..ada jugak kesan tinggalan batas Jepun...boleh kenang balik pengkhianatam British pda Sultan Kedah

  • @jimmychan7334
    @jimmychan7334 ปีที่แล้ว +5

    Thank you, bro for the sejarah on Temoh. Bukan senang buat documentary ini

    • @malayanhistorytv
      @malayanhistorytv  ปีที่แล้ว +3

      terima kasih tuan. saya sangat berminat untuk membuat video panjang terperinci mengenai sejarah perlombongan bijeh timah di kawasan Lembah Kinta. Pengalaman saya menaiki motorsikal di Tronoh - Tg. Tualang - Batu Gajah seakan membawa saya ke satu dunia baru yang belum pernah saya lalui. Temoh hanya 10% daripada keajaiban sejarah dan peristiwa menarik yang berlaku di Lembah Kinta. Kalau berkesempatan saya akan buat video berkenaan.

  • @AbdulAziz-tj7zb
    @AbdulAziz-tj7zb หลายเดือนก่อน

    Salam bang alhamthulillah ASW murahkan rezeki panjangkan umur TAHNIAH amin

  • @mohdshakirazizan7673
    @mohdshakirazizan7673 ปีที่แล้ว +1

    Bismillah 🤲Alhamdulillah terima kasih tuan 🤝

  • @faridrosli85
    @faridrosli85 8 หลายเดือนก่อน +2

    Titik pertemuan tu atas skit lagi.. tempat bertemu sungai silo,air lombong & sg chenderiang.. hot spot memancing

    • @malayanhistorytv
      @malayanhistorytv  8 หลายเดือนก่อน +2

      Terima kasih. Saya x berani nak meneroka lebih jauh ke dalam semak. Sbb mengikut pemerhatian kasar saya kawasan tersebut seolah seperti hot spot ular sawa batik. Lagipun saya x bawa apa apa senjata. Terima kasih atas perkongsian maklumat ini.

  • @cheesengwong6586
    @cheesengwong6586 7 หลายเดือนก่อน +2

    Terima Kasih. Pengambaran ini sangat menarik.

    • @malayanhistorytv
      @malayanhistorytv  7 หลายเดือนก่อน

      Actually, the video was made unplanned and off the cuff. 😅

  • @thongchin6745
    @thongchin6745 ปีที่แล้ว +4

    Very interesting local history. I am reading the book at the moment. Sebuah sejarah tempatan yang sunggoh menarik, menang setuju di buat filem.

    • @malayanhistorytv
      @malayanhistorytv  ปีที่แล้ว +2

      If you can recall in the book by Prof Gary, it was written that the local Chinese around Temoh ran to the hills behind the old cemetery before the arrival of the Japanese Army in Dec 1941. One of the stories told, the elders especially women folks that migrated from Manchu's China some of them with bound feet found difficulties of enduring the journey (mostly by hike) since they have to be carried by others.
      I shared the pity and difficulties since I also took a hike to the Mount of Relau last year. The terrain was very difficult with treacherous footpath. The area was filled with snakes (I know this coz I met them myself). Some of the women folks with bound feet had to be left behind and died. Its very sad really.
      Temoh does captures my imagination of my own enchantment of the early 20th century charms.

    • @thongchin6745
      @thongchin6745 ปีที่แล้ว +1

      @@malayanhistorytv yes maybe this book should be read as text for all Malaysian secondary students

    • @kaknoriff7007
      @kaknoriff7007 11 หลายเดือนก่อน +2

      1941,my uncle was caught by the japanese,brought to holland,he came back.another uncle(policeman) was caught by the japanese till now he had not returned home.l worked as a community nurse at temoh clinic .

    • @malayanhistorytv
      @malayanhistorytv  11 หลายเดือนก่อน +1

      @@kaknoriff7007 thank you for sharing this. it surely a very interesting period in the Malayan history. I know there's so much more to know and share about the historical aspect of the Kinta Valley area. I've been thru Tg. Tualang Area and Tronoh, the are itself is a time capsule of all things Malayan and what builts Perak of today.

  • @zoraimiali2575
    @zoraimiali2575 ปีที่แล้ว +1

    terbaik tuan!

  • @zulkapliismail1269
    @zulkapliismail1269 ปีที่แล้ว +1

    Best tak ada apa

  • @mantujuhlapan78
    @mantujuhlapan78 4 หลายเดือนก่อน

    TQVM kerana berkongsi sejarah pekan koboi ni. Ada 1 pekan lg selepas Temoh iaitu Temoh Stesen. Di Temoh Stesen, Tuan boleh berjumpa dengan generasi pedagang dari china yang membuka kedai di pekan tersebut. Ada beberapa nama, tetapi yang sangat dikenali oleh orang-orang kampung sekitar pekan Temoh Stesen ialah Ah Leong & Ah Pat. Generasi Ah Leong masih ada sehingga sekarang,anak perempuannya masih berniaga kedai runcit di Temoh Stesen tu, dan terkenal dengan panggilan AMOI. Saya memanggilnya kak amoi kerana usianya lebih berbanding sy. Sgt legend kedai runcit warisan keluarganya & byk sejarah yg boleh diketahui mengenai kedatangan pedagang awal dari negara china sekiranya dia ingin bercerita. Temoh Stesen juga adalah pekan yg unik.

    • @kopehal80
      @kopehal80 หลายเดือนก่อน

      Amoi boleh cakap jawa

    • @azharmior
      @azharmior หลายเดือนก่อน

      Sebenarnya Amoi anak Ah Kow. Ada tiga kedai runcit Cina sebenarnya Ah Kow, Ah Leong dan Ah Pat.

  • @ikanpatungg
    @ikanpatungg 7 หลายเดือนก่อน

    👍👍👍

  • @abuhanif6723
    @abuhanif6723 ปีที่แล้ว

    Good job

  • @JenutTN
    @JenutTN ปีที่แล้ว +3

    Menarik info perkataan Temoh dari perkataan Temu. Boleh dikaitkan seperti Pudu dieja Pudoh oleh British untuk sesuaikan cara sebutan mereka

    • @songkok7hitam
      @songkok7hitam ปีที่แล้ว +1

      sebenarnya tuan tidak ada rujukan bertulis yang sahih mengenai asal usul penamaan Pekan Temoh ini. saya percaya ianya adalah hanya cerita rakyat. sama juga pembacaan saya mengenai nama pekan Kampar. versi rasmi yang digunapakai adalah imigran Cina yang memberi nama berdasarkan kepada perkataan Kam Poh yang bermaksud "berharga". Tapi jika kita fikirkan secara logik, orang Melayu dari Mandailing "mungkin" memberi nama Kampar berdasarkan kepada Daerah Kampar di Sumatera mengambil kira tanah asal usul mereka. saya lihat ada banyak ruang untuk Muzium Negeri Perak mula membuat kajian mengenai asal usul nama-nama pekan di seluruh Perak.

    • @JenutTN
      @JenutTN ปีที่แล้ว +2

      @@songkok7hitam Banyak kerenah birokrasi. Lihat sahaja Jabatan Arkib Negara, banyak info terperap dalam koleksi Arkib Negara tanpa boleh diakses melalui internet. Berbeza dengan Arkib Singapura yang lebih mudah dirujuk dalam portal mereka

    • @malayanhistorytv
      @malayanhistorytv  ปีที่แล้ว +1

      Saya baru tahu nama rasmi Pudu dulu adalah Pudoh. 😅 Mungkin juga ada kaitan dgn sebutan pelat orang Inggeris menyebut Temu kpd Temoh. Terima kasih di atas maklumat ini.

    • @exuaf
      @exuaf ปีที่แล้ว +1

      Sebutan sebenar perkataan temoh ada lah timoh

    • @fizomlotanofizomilotano3109
      @fizomlotanofizomilotano3109 ปีที่แล้ว +1

      @@exuaf yaaaa..ini yg betul...terbaikkkk yeooppp👍👍👍

  • @fizomlotanofizomilotano3109
    @fizomlotanofizomilotano3109 ปีที่แล้ว +2

    Well done chor !!!!...at least channel anda ni jauh lebih manfaatnya dari channel2 lain seperti food review yg asik menche- che je koje deme tu ...Sebutan temoh yg bebenornye adalah TIMOH..

    • @malayanhistorytv
      @malayanhistorytv  ปีที่แล้ว

      terima kasih

    • @Nurkhaf
      @Nurkhaf ปีที่แล้ว

      Yup..timoh!👍🏼..yg berasal dr prkataan timah😊

  • @user-cu9zp7jj7k
    @user-cu9zp7jj7k 4 หลายเดือนก่อน

    Banyak pekan2 kecil atea Perak x ada seri..terlalu byk rumah kedai kodong..dayang bangunan rare ratusan tahun tp kosong di tinggalkan dan sufah macam pekan hantu..belum lagi bagunan2 kedai2 baru dan perumahan2 baru..semua kosong fan byk terbengkalai..

  • @ilmorrizan4727
    @ilmorrizan4727 4 หลายเดือนก่อน

    Tengok pengacara ni mcm nk kenai...

  • @badrifacebook5346
    @badrifacebook5346 4 หลายเดือนก่อน

    Bukit di blkng jirat cina tu adalah banjaran bujang melaka yg panjangnya hingga ke daerah kampar. Punca air sg. silo bermula dari air terjun di puncak banjaran bujang melaka. Nama sg silo yg sebenarnya adalah sg.silau yg mana pada waktu pagi suatu ketika dulu air sungai itu tidak boleh dilihat kerana membiaskan cahaya yg menyilau kerana kandungan timah & perak yg berada dlmnya. Sebuah rumah kedai dihadapan stesen minyak pernah dijadikan tmpt menyelenggara kenderaan tentera Jepun. 2 buah rumah berhampiran jambatan dlm video tu pernah dibakar tentera jepun kerana mencari seseorang. Dihadapan balai polis lama yg kini menjadi pusat giat mara, tentera Jepun pernah pernah menembak mati seseorang yg berada atas lori. Byk bangunan tinggalan kolonial yg telah musnah dlm tahun 70-80an disebabkan aktiviti perlombongan bijih timah. Ramai lg anak² melayu dr kg² melayu seperti kg.hj.arif,kg.hj salleh kg tengah dan byk lg kg² lain yg ditangkap tentera Jepun utk dihantar ke burma.

    • @malayanhistorytv
      @malayanhistorytv  4 หลายเดือนก่อน +1

      Terima kasih di atas maklumat ini. So ada dua maklumat yg penonton share yg saya baru tahu, 1. Padang depan kedai bijih/ pejabat pos adalah tempat parking artileri 25pdr British masa perang dan 2. Maklumat yg saudara kongsikan ini. Terima kasih sekali lagi.

  • @CikguHafezJMalim
    @CikguHafezJMalim ปีที่แล้ว +1

    Terbaik perkongsiannya... semoga terus sukses !

    • @malayanhistorytv
      @malayanhistorytv  ปีที่แล้ว +1

      Terima kasih Cikgu. Saya banyak merujuk tulisan Cikgu di Blog cikgu juga. Saya juga minta izin utk gunakan sekeping gambar bagi pembikinan video part 2 nanti. Terima kasih Cikgu sbb singgah di cenel ini.

    • @CikguHafezJMalim
      @CikguHafezJMalim ปีที่แล้ว

      @@malayanhistorytv silakan Tuan. Semarakkan lagi pengkisahan sejarah2 seperti ini. Saya dah sekuat dulu. InsyaAllah gunaknlah ape sahja dlm blog sy. sy ikhlas mmbntu seadanya.

    • @malayanhistorytv
      @malayanhistorytv  ปีที่แล้ว

      @@CikguHafezJMalim terima kasih sekali lagi cikgu.

    • @georgesantok1691
      @georgesantok1691 7 หลายเดือนก่อน

      Memang baik. Semoga lebih banyak lagi kawasan2 bersejarah di Malaysia dapat dikaji.

  • @salimmohamednor1722
    @salimmohamednor1722 ปีที่แล้ว +4

    Temoh Station tempat lahir arwah mak aku. Dulu stesyen ktm Temoh sangat bersih. Sekarang tak tau lah.

    • @jacksofinaatim7892
      @jacksofinaatim7892 ปีที่แล้ว +2

      Sekarang ada pokok2 ,dan cengkerik²

    • @mohdazmi10
      @mohdazmi10 11 หลายเดือนก่อน +1

      @@jacksofinaatim7892 huhuhuhuhu

    • @kaknoriff7007
      @kaknoriff7007 11 หลายเดือนก่อน +1

      di antara ii kedai tu(temoh station) pengambaran filem pak nil dan saiful apik(sorry lupa nama filem tu)

    • @remyremyazie1156
      @remyremyazie1156 9 หลายเดือนก่อน

      ​@@kaknoriff7007cicakmen

  • @joeyjoey1405
    @joeyjoey1405 ปีที่แล้ว +3

    Balai polis lame maseh lg ade di pekan cenderiang..

    • @kaknoriff7007
      @kaknoriff7007 11 หลายเดือนก่อน +1

      Di pekan temoh ada balai polis,dah jadi giat mara,quarter polis dah jadi klinik desa

  • @badrifacebook5346
    @badrifacebook5346 4 หลายเดือนก่อน +1

    pernah dapat maklumat dari salah satu unit kawalan LLN/TNB Bangsar yg mengatakan Temoh adalah kawasan yang paling banyak terima petir dalam negara.

  • @mujadidalfisani1245
    @mujadidalfisani1245 10 หลายเดือนก่อน +3

    Temoh ni ramai ke keturunan mandailing ?

    • @ZulZulkifli-eh9zu
      @ZulZulkifli-eh9zu หลายเดือนก่อน

      Betul tu keturunan Mandailing memang bersaing dengan cina melombung timah.gitu juga sejarah Kuala lumpur

  • @watirahmat6387
    @watirahmat6387 ปีที่แล้ว +3

    Assalamualaikum,1988 saya bernikah di Temoh station.😂

  • @maddylocco2396
    @maddylocco2396 ปีที่แล้ว +3

    Ngam coii woo

    • @mohdyunossalih6175
      @mohdyunossalih6175 ปีที่แล้ว +2

      Tahniah sdr sejarah pekan tempat saya dibesarkan...jazakallahu khoiron kathira

  • @miehunterwild
    @miehunterwild ปีที่แล้ว +4

    Bang tolong share mcm mana abg susun jadual baca buku

    • @malayanhistorytv
      @malayanhistorytv  ปีที่แล้ว +3

      Untuk membaca selalunya bergantung kepada minat. Sekiranya genre yang kita minat pasti kita akan cari ruang untuk membaca sebab perasaan ingin tahu kita tinggi. Tapi amalan saya adalah sebagaimana amalan Alan Greenspan. Setiap pagi saya akan membaca dahulu awal pagi selama sejam baru saya akan mula bekerja. Amalan saya juga setiap hari kalau buku Bahasa Inggeris saya akan habiskan sekurang-kurangnya 50 muka surat. Kalau buku Bahasa Melayu selalunya 100 muka surat atau lebih. Itu amalan saya, tetapi bergantung juga kepada genre. Kalau genre yang saya tak minat nak habis 10 muka surat pun payah.

  • @E-Dang-Doet
    @E-Dang-Doet หลายเดือนก่อน

    😶‍🌫😶‍🌫

  • @user-st7zm5ld4r
    @user-st7zm5ld4r 6 หลายเดือนก่อน +3

    Pls do not spoil this town by putting up unnecessary buildings and roads .Just do up the old buildings to their orginal look.Leave the place alone and preserve the history.Many places were destroyed in the name of developement