Jejak Awliya' : Tuan Guru Haji Sa'aya Bin Haji Abdul Majid | Mufti Perak Ke-4

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 19 ส.ค. 2021
  • Sohibus Samahah Tuan Guru Haji Sa'aya Bin Haji Abdul Majid | Mufti Perak Ke-4 ( 1918 - 1963 )
    Oleh : Tengku Yusuff
    Tuan Guru Haji Sa'aya Bin Haji Abdul Majid dilahirkan di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1918. Bapanya Haji Abdul Majid Bin Abas dikenali dengan panggilan Imam Majid merupakan Imam Masjid Kota Lama Kiri yang sangat berpengaruh pada masyarakat kampung. Ibuny pula bernama Puteri Robeah (Me'ah) Binti Megat Aman berasal dari keturunan Megat Terawis. Beliau mempunyai tiga adik beradik iaitu :
    1. Tuan Guru Haji Sa'aya
    2. Badariah
    3. Rahmah
    Beliau mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri ketika masih kecil. Kemudian Tuan Guru memasuki Sekolah Melayu Padang Ampang, Kuala Kangsar . Selepas itu, beliau menyambung pendidikannya di Madrasah Masriyah, Bukit Mertajam selama beberapa tahun dan meneruskan pendidikannya di Madrasah Mariah, Bukit Chandan.
    Di antara guru-gurunya ialah :
    1. Syeikh Salleh Masri
    2. Syeikh Abdullah Fahim
    3. Syeikh Nawawi Janggut Merah
    Selepas selesai menuntut ilmu, beliau kemudiannya mengajar di Sekolah Ugama Azizah, Parit dan Madrasah Mariyah, Bukit Chandan. Beberapa tahun selepas itu, Tuan Guru menjawat jawatan Naib Qadhi di Kroh selama 2 tahun dan seterusnya ke Gerik dan Tanjung Malim sekitar tahun 1948. Kerana keilmuannya, Tuan Guru Haji Sa'aya dilantik pula menjawat jawatan Qadhi Kuala Kangsar dan Qadhi di Ibu Pejabat.
    Kealiman Tuan Guru Haji Sa'aya dalam pelbagai cabang ilmu telah mendorongnya dilantik menjadi Mufti Negeri Perak ke 4 pada tahun 1957 selepas Tuan Guru Haji Muhammad Tahir bersara dari jawatannya.
    Mufti Haji Sa'aya amat berusaha keras dalam membanteras ajaran-ajaran sesat di Perak termasuk ajaran Qadiani. Namun begitu, perwatakan peribadinya amat berbeza. Beliau seorang yang periang, peramah dan mudah bergaul dengan orang ramai. Di samping itu, Tuan Guru mampu menjawab sebarang persoalan yang diajukan dengan cepat sekali.
    Beliau meninggal dunia pada 18 Julai 1963 ketika masih muda iaitu pada usia 45 tahun dan jenazahnya dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam Belakang Masjid Kot Lama Kiri, bersalahan dengan makam Tuan Mufti Haji Ismail Hamzah.
    Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin
    *Sumber - Ustaz Din Kroh dan maklumat dari akhbar Suara Majlis
    #KenaliUlamak

ความคิดเห็น •