Kemajuan terkini Lebuhraya Pan Borneo Sabah Pakej Kerja 8

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 5 ก.พ. 2024
  • SALAM SABAH MAJU JAYA
    PERLAKSANAAN PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH -
    PAKEJ KERJA 08 - MENAIKTARAF JALAN DARI SEPANGGAR KE BULATAN BERUNGGIS
    Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi jajaran Pakej Kerja 08 ini melibatkan kerja kerja menaiktaraf jalan dari Sepanggar ke Bulatan Berunggis kepada empat Lorong dua hala (dual carriageway ) sepanjang 11.7 KM. Pakej Kerja ini melibatkan pembinaan 1 Jambatan (Jambatan Telipok), 1 Interchanges (Norowot Interchanges), 4 elevated u turn dan 4 lagi at - Grade U turn. Di samping itu ,sebanyak 21 perhentian bas dan 9 jejantas pejalan kaki akan di bina di sepanjang jajaran pakej ini untuk kemudahan pengguna jalan raya di sekitarnya.
    Jajaran ini adalah salah satu Pakej Jalan Lingkaran Luar Kota Kinabalu / Kota Kinabalu Outer Ring Road (KKORR) yang di bina bertujuan untuk menyuraikan pergerakan aliran trafik bagi mengurangkan kesesakan lalulintas terutama pergerakan trafik keluar dan masuk ke Bandaraya Kota Kinabalu.
    Pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati semasa memandu dan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas semasa melalui kawasan pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

ความคิดเห็น • 16

  • @mirull_a.r
    @mirull_a.r 5 หลายเดือนก่อน +12

    Satu bulan mau 3 kali update pakej 6,7,8. Banyak lagi pakej lain. Pakej 1,2 la kalau berani

  • @zukimia
    @zukimia 5 หลายเดือนก่อน +4

    Pihak berkuasa kena pastikan LEBUHRAYA INI tetap menjadi lebuhraya. Jangan benarkan pembinaan simpang masuk ke lebuhraya di setiap taman perumahan pastikan semua jalan masuk ke lebuhraya adalah melalui susur masuk lebuhraya yg sebenar. Supaya lebuhraya ini terus jadi lebuhraya untuk keselamatan semua pihak.

    • @nainijoitol2416
      @nainijoitol2416 หลายเดือนก่อน

      Kenapa peruntukan untuk Sabah untuk membuat lebuhraya ini lebih mahal daripada Sarawak????

  • @dogokadazan6745
    @dogokadazan6745 5 หลายเดือนก่อน +3

    Bila siap

  • @dogokadazan6745
    @dogokadazan6745 5 หลายเดือนก่อน +4

    Itu itu seja sa tnguk.. 😅

  • @silverianjannvs5315
    @silverianjannvs5315 5 หลายเดือนก่อน +5

    Lebuhraya Pan Borneo Sabah, apa masalah yg dihadapi menyebabkan project ni lambat siap di negeri Sabah?

    • @Smittyguy
      @Smittyguy 4 หลายเดือนก่อน

      Mcm² termasuk korupsi, politik, rasuah, masalah kontractor, bilangan pekerja/jentera pembinaan jalan nda cukup, duit untuk lebuhraya ni pun entah kemana, etc.

    • @Anter069
      @Anter069 4 หลายเดือนก่อน

      sabah lebih maju dr Sarawak ….good job Sabah….

    • @silverianjannvs5315
      @silverianjannvs5315 4 หลายเดือนก่อน +1

      @@Anter069 Slogan Sabah Maju Jaya saja maju..

  • @SamsonOhsem
    @SamsonOhsem 5 หลายเดือนก่อน +2

    Boleh tembus pergi IKN ka ni😅

  • @chriszheng6588
    @chriszheng6588 5 หลายเดือนก่อน +4

    lambat

  • @asciilc2497
    @asciilc2497 5 หลายเดือนก่อน +2

    mana Pakej 1 & 2 ?

  • @nainijoitol2416
    @nainijoitol2416 หลายเดือนก่อน

    Contractor ni betul2 kena monitor ka kerja dorang? Napa peruntukan untuk Sabah lebih mahal dari Sarawak? Sudah tu ukuran pun tidak sebesar yg d Semenanjung?

  • @redavocado9639
    @redavocado9639 5 หลายเดือนก่อน +4

    Jalan Raya patut ukuran lebarnya besar sikit mcm di semenanjung tapi di sabah ni contactor2 telingung pakai ukuran sempit dr zaman British lagi. Emergency lane pun mcm tdk ada bah. Rugi duit kerajaan Kmu bt owh. Jgn juga asal tampal saja tak ada quality. Tak ada berkat hidup kalau kerja tdk jujur. Kerja pun slow sgt. Sarawak yg bgitu besar dr sabah pun byk sdh siap. Sabah ni sdh lah tak ada quality, lembab slow lgi bt kerja

  • @syam5711
    @syam5711 4 หลายเดือนก่อน

    Disebabkan asyik tukar pemerintahan..projek jadi slow

  • @kauaku4424
    @kauaku4424 4 หลายเดือนก่อน

    Ini kelemahan projek lebuhraya yg tidak bertol.... agak lambat untuk di siapkan... sama mcm CSR di semenanjung.... itu belum lagi untuk mantainance lebuhraya ni... pasti banyak yg berlubang nanti... sebab xcukup dana untuk tampung kos operasi... percayalah...