faisal
faisal
  • 2
  • 300 695
Konsert Wings 1991 Live Full - CD 2
Biografi Wings
Penyanyi Utama
Awie (Ahmad Azhar Othman) 1985 - 1993, 2002, 2015
Mel (Ismail Zainuddin) 1995 - 1996
Mus Kumpulan May (Mustafa Din) 1996 - 2001
Pemain Gitar
Syam(Berpindah Ke Kumpulan CRK 1985 - 1987
Tham Wing Kwan 1987 (Tiada Album)
Joe (Abdul Zamin bin Abdul Kadir) 1988, 2015
Pemain Bass
Eddie (Samsaidi Haji Ulong Idris) 1985, 2015
Pemain Dram
Black(Azmi Hashim) 1985 - 1990, 1994 - 2015
Jojet (Telah menyertai Kumpulan Gersang) 1990 - 1993
Berikut secara ringkas sejarah anggota WINGS. Joe pernah manganggotai SCANDALS sebelum memasuki WINGS. Black [(Babylon]) keluar dari WINGS selepas album Teori Domino dikeluarkan dan digantikan dengan Jojet, bekas ahli GERSANG. Beliau kembali menjadi pemain dram WINGS pada tahun 1994 selepas Jojet pula keluar dari WINGS.
Sejarah pertukaran penyanyi utama WINGS cukup menarik. Awie yang sudah cukup sebati dan merupakan satu imej kumpulan muzik ini, tiba-tiba meninggalkan WINGS di kala populariti yang memuncak berikutan kejayaan album Bazooka Penaka. Dua tahun kemudian barulah pengganti Awie ditemui. Mel, penyanyi berbakat yang sudah lama menceburi bidang nyanyian secara tak langsung dipilih menjadi penyanyi utama WINGS dan album Orang Asing dihasilkan.
Bagaimanapun, jodoh Mel dengan WINGS tidak kekal lama. Tidak lama selepas itu, Mel keluar dari WINGS dan WINGS bernasib baik kerana tempat Mel digantikan Mus, bekas penyanyi utama MAY yang seangkatan dengan WINGS. Ura-ura yang Mus akan memasuki WINGS sudah lama diperkatakan selepas Awie menarik diri. Oleh itu, selepas Mel dan WINGS tidak serasi, Mus segera menerima tawaran WINGS untuk bersama tiga lagi anggota WINGS meneruskan misi perjuangan mereka di bidang seni tanah air.
Sebanyak enam buah album termasuk satu album kompilasi dihasilkan dalam tempoh pembabitan Mus bersama WINGS dan vokal Mus makin serasi dengan muzik WINGS.
Album terakhir Mus bersama WINGS adalah Mr. Barbarik. Mus kemudian kembali ke kumpulan asalnya, MAY dan tempatnya digantikan semula penyanyi asal WINGS, Awie.
Dengan penggabungan kembali Awie sebuah album terhasil, Naga Kramat. Kini WINGS masih diterima peminat yang merindukan zaman kegemilangan mereka.
Ironinya, walaupun WINGS sudah melalui pelbagai rintangan dan cabaran, terutama sekali apabila vokalis utama mereka Awie menarik diri dan bergerak secara solo, namun WINGS masih mampu mempertahankan reputasi mereka dalam industri muzik rock tanah air.
Mereka tidak cepat melatah untuk terus membubarkan WINGS, lantas mengambil inisiatif dengan menerbitkan album Wings & Superfriends 1 & 2, yang menggabungkan beberapa artis rock popular tanah air.
Ini membuktikkan bagi mewujudkan sebuah kumpulan muzik, mereka tidak seharusnya bergantung kepada kredibiliti penyanyi semata-mata tetapi perlu mengambil inisiatif bagi memastikan WINGS terus bertahan dan kekal sebagai sebuah kumpulan rock paling berpengaruh di Malaysia.
Senarai anggota terkini pada tahun 2005 adalah :-
Awie (Ahmad Azhar bin Othman)
Abdul Zamin bin Abdul Kadir(Joe)
Eddie (Samsaidi Haji Ulong Idris)
Black(Azmi Hashim)
มุมมอง: 223 142

วีดีโอ

Konsert Wings 1991 Live Full - CD 1Konsert Wings 1991 Live Full - CD 1
Konsert Wings 1991 Live Full - CD 1
มุมมอง 78K9 ปีที่แล้ว
Copyright owners UMG On behalf of: Universal Music Ltd. (Malaysia branch) Biografi Wings Penyanyi Utama Awie (Ahmad Azhar Othman) 1985 - 1993, 2002, 2015 Mel (Ismail Zainuddin) 1995 - 1996 Mus Kumpulan May (Mustafa Din) 1996 - 2001 Pemain Gitar Syam(Berpindah Ke Kumpulan CRK 1985 - 1987 Tham Wing Kwan 1987 (Tiada Album) Joe (Abdul Zamin bin Abdul Kadir) 1988, 2015 Pemain Bass Eddie (Samsaidi Ha...