Penanam Durian Part Time
Penanam Durian Part Time
  • 159
  • 589 482
Update Semburan Kawalan Serangga dan Kulat
Update Semburan Kawalan Serangga dan Kulat
Hari ini saya ingin membuat update sedikit tentang semburan kawalan serangga dan kulat telah dibuat selepas 12 hari. Update pada minggu ini bertujuan melihat semula kesan semburan pada daun baru dari segi serangan serangga dan kulat. Beberapa pokok yang telah dijangkiti kulat seperti antraknos berjaya dikawal daripada terus menular. Disini kita boleh lihat serangan serangga juga berkurangan kerana pada minggu lepas perawis aktif yang digunakan daripada jenis kontak dan juga sistemik.Ikuti perkongsian ini, semoga bermanfaat
Kepada sahabat-sahabat yang belum subscribe channel ini, bolehlah like, share, komen dan subscribe tanda sokongan kepada channel ini supaya berkembang dan dapat membantu penanam-penanam durian yang lain.
Link channel Penanam Durian Part Time:
th-cam.com/channels/5eiuMEvfuszBrSvdDudNOA.html
Untuk video yang lain, boleh rujuk playlist ini:
th-cam.com/play/PLyxi5EMWUnm5DEW6xS9mcogVtOcuVDk9w.html
Link Facebook Group Penanam Durian Part Time:
groups/460152329127370/?ref=share
มุมมอง: 688

วีดีโอ

Rutin Mingguan Kawalan Serangga dan Kulat
มุมมอง 94121 วันที่ผ่านมา
Rutin Mingguan Kawalan Serangga dan Kulat Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang rutin mingguan kawalan serangga dan kulat. Kawalan serangga dan kulat amat penting terutama dalam musim hujan. Jika ada peluang untuk membuat semburan, ia perlu disegerakan bagi mengelakkan pokok durian diserang oleh perosak. Jadi pada hari ini semburan kawalan menggunakan racun sistemik dan kontak dibuat ba...
Analisis Pokok Durian Musim Tengkujuh
มุมมอง 499หลายเดือนก่อน
Analisis Pokok Durian Musim Tengkujuh Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang analisis pokok durian musim tengkujuh yang melanda negeri-negeri pantai timur. Air bertakung dan lebihan air pada pangkal serta kanopi durian boleh menyebabkan pokok stress. Simptom mula ditunjukkan dengan keadaan daun kuning dan gugur. Selain itu serangan kulat dan reput akar juga akan berlaku. Serangan serangg...
Cara Pengiraan Kos Racun Dan Baja Untuk Durian
มุมมอง 352หลายเดือนก่อน
Cara Pengiraan Kos Racun Dan Baja Untuk Durian Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang cara pengiraan kos racun dan baja untuk durian. Pengiraan seperti ini memudahkan kita untuk mengetahui kos yang telah dikeluarkan untuk setiap pam yang digunakan. Selain itu, kita boleh membuat perbandingan harga produk yang murah dan mahal dari segi sukatan yang digunakan. Setiap sukatan yang digunakan...
Boleh Ke Tanam Durian Dalam Kebun Getah?
มุมมอง 917หลายเดือนก่อน
Boleh Ke Tanam Durian Dalam Kebun Getah? Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang persoalan boleh ke tanam durian dalam kebun getah? Persoalan ini selalu ditanya oleh sahabat-sahabat saya secara personal Dan dalam group durian. Jawapannya boleh, tetapi perlu ada ilmu, modal Dan semangat yang kental. Ini kerana tanam durian dalam kebun getah ini berisiko tinggi daripada pelbagai sudut. Anta...
Kawalan Hama Merah Peringkat Telur Dan Nymph
มุมมอง 4252 หลายเดือนก่อน
Kawalan Hama Merah Peringkat Telur Dan Nymph Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang kawalan hama merah peringkat telur dan nymph yang telah dibuat di kebun sebelum ini. Bagi mengawal hama merah pada dua peringkat ini, kita memerlukan racun hama acaricide atau miticide daripada kumpulan IRAC Growth (IGR-Insect Growth Regulator). Kumpulan racun yang dipilih kali ini adalah daripada group 1...
Update Pokok Durian Masalah Akar
มุมมอง 2K2 หลายเดือนก่อน
Update Pokok Durian Masalah Akar Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang update pokok durian masalah akar. Video ini adalah perbandingan dengan video setahun yang lepas mengenai pokok yang mempunyai masalah akar. Perbezaan boleh dilihat dari segi perkembangan dan pembesaran pokok walaupun pokok ini terbantut. Jadi update kali ini bagi menjawab pertanyaan sahabat mengenai keadaan perkemban...
Hasil Semburan Racun Hama Merah Dan Foliar
มุมมอง 1.3K2 หลายเดือนก่อน
Hasil Semburan Racun Hama Merah Dan Foliar Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang hasil semburan racun hama merah, racun kulat dan baja foliar serta pelekat. Hasil semburan selepas seminggu dapat dilihat dengan simpton serangga semakin berkurang. Pada minggu lepas, semburan racun serangga omite yang berbahan aktif propargite, manakala racun kulat stotanil yang berbahan aktif chlorothalon...
Analisis Pokok Durian Sebelum Semburan
มุมมอง 2K3 หลายเดือนก่อน
Analisis Pokok Durian Sebelum Semburan Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang analisis pokok durian sebelum semburan racun serangga atau racun kulat dibuat. Tujuan analisis ini adalah bagi mengenal pasti jenis serangga atau kulat yang menyerang pokok durian. Simptom serangan boleh dilihat pada daun, dahan, batang Dan pucuk. Selain itu, daun yang gugur secara berlebihan juga menjadi salah...
Penggunaan Foliar Dan Baja Tabur
มุมมอง 1.5K3 หลายเดือนก่อน
Penggunaan Foliar Dan Baja Tabur Hari ini saya akan berkongsi sedikit tentang penggunaan foliar dan baja tabur yang digunakan di kebun ini. Ada tiga jenis baja foliar yang digunakan secara semburan ke seluruh pokok dan tiga jenis baja tabur iaitu dua baja sebatian kimia serta satu baja bio organik. Penggilran baja foliar ini dibuat mengikut jadual yang telah dirancang dalam tempoh setahun bagi ...
Cara Pilih Racun Serangga dan Kulat
มุมมอง 1.7K3 หลายเดือนก่อน
Cara Pilih Racun Serangga dan Kulat Hari ini saya akan berkongsi sedikit tentang cara pilih racun serangga dan kulat untuk pokok durian. Pemilihan ini berdasarkan apa yang biasa dibuat dan juga berdasarkan pengalaman saya mengenai racun serangga dan kulat. Kriteria pemilihan ini dari segi peratus perawis aktif yang tinggi, jenis serangga atau kulat, 2 perawis aktif dan lain-lain. Ikuti perkongs...
Sistem Pengairan Durian
มุมมอง 1K3 หลายเดือนก่อน
Sistem Pengairan Durian Hari ini saya akan berkongsi sedikit tentang sistem pengairan durian di kebun saya dari segi saiz tangki, sistem piping, pam dan sprinkler yang digunakan. Tangki yang digunakan bersaiz 600 gelen sebanyak 6 buah bagi membekalkan air ke setiap pokok durian. Sistem piping pula menggunakan sistem tulang ikan. Main line menggunakan paip poly bersaiz 50mm dan sublines pula men...
Cara Nak Bagi Pokok Durian Cepat Berpucuk
มุมมอง 2.1K4 หลายเดือนก่อน
Cara Nak Bagi Pokok Durian Cepat Berpucuk Hari ini saya akan berkongsi sedikit tentang cara nak bagi pokok durian cepat berpucuk dengan menggunakan foliar organik. Foliar yang digunakan ini berjenama double booster daripada Paksu Dbooster. Foliar ini menggunakan bahan-bahan organik daripada pelbagai sumber seperti ikan dan sebagainya. Semburan foliar ini dibuat pada 30 Ogos 2024 dan video ini d...
Hasil Cantuman Durian Selepas Sebulan
มุมมอง 4064 หลายเดือนก่อน
Hasil Cantuman Durian Selepas Sebulan Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang hasil cantuman durian selepas sebulan. Pada minggu lepas, pembalut pada cantuman telah dibuang. Jadi, pada minggu ini kita akan tengok keadaan cantuman sama ada berjaya atau tidak. Cantuman yang dibuat kali ini agak mencabar kerana keadaan cuaca yang tidak menentu seperti panas terik dan diikuti dengan hujan pad...
Analisis Pokok Durian Daripada Serangan Serangga dan Nutrien
มุมมอง 6404 หลายเดือนก่อน
Analisis Pokok Durian Daripada Serangan Serangga dan Nutrien Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang analisis pokok durian daripada serangan serangga dan nutrien. Serangan serangga yang biasa berlaku pada musim panas dan hujan ini terdiri daripada spesis kumbang iaitu kumbang belangkas, kumbang hitam dan coklat. Selain itu, ada juga serangan belalang dan ulat berwarna kuning. Simptom sera...
Cara Rawat Pokok Durian Kurang Nutrien
มุมมอง 1.8K5 หลายเดือนก่อน
Cara Rawat Pokok Durian Kurang Nutrien
Update Hasil Semburan Calcium & Magnesium
มุมมอง 2K5 หลายเดือนก่อน
Update Hasil Semburan Calcium & Magnesium
Suburkan Tanah Dengan Baja Bio Organik
มุมมอง 1.2K5 หลายเดือนก่อน
Suburkan Tanah Dengan Baja Bio Organik
Rutin Mingguan Semburan 3 Serangkai Untuk Durian
มุมมอง 9455 หลายเดือนก่อน
Rutin Mingguan Semburan 3 Serangkai Untuk Durian
Cara Pasang Valve Sprinkler
มุมมอง 2956 หลายเดือนก่อน
Cara Pasang Valve Sprinkler
Racun Kulat Untuk Phytophthora
มุมมอง 4796 หลายเดือนก่อน
Racun Kulat Untuk Phytophthora
Restock Racun Serangga dan Racun Kulat
มุมมอง 2976 หลายเดือนก่อน
Restock Racun Serangga dan Racun Kulat
Test Pam Plunger Untuk Meracun
มุมมอง 1.1K7 หลายเดือนก่อน
Test Pam Plunger Untuk Meracun
Test Pam Air Diesel 12 HP Dan Pam Elektrik
มุมมอง 6897 หลายเดือนก่อน
Test Pam Air Diesel 12 HP Dan Pam Elektrik
Upgrade Sistem Pengairan Durian
มุมมอง 1.2K9 หลายเดือนก่อน
Upgrade Sistem Pengairan Durian
Siraman Drip Titis Untuk Durian
มุมมอง 1K9 หลายเดือนก่อน
Siraman Drip Titis Untuk Durian
Musim Panas Kita Siram Pokok Durian
มุมมอง 1.4K10 หลายเดือนก่อน
Musim Panas Kita Siram Pokok Durian
Boleh Ke Meracun Rumput Musim Panas?
มุมมอง 73010 หลายเดือนก่อน
Boleh Ke Meracun Rumput Musim Panas?
Semburan FAA Untuk Durian Pada Musim Panas
มุมมอง 1K10 หลายเดือนก่อน
Semburan FAA Untuk Durian Pada Musim Panas
Racun Serangga Dua Perawis Aktif Untuk Durian
มุมมอง 66911 หลายเดือนก่อน
Racun Serangga Dua Perawis Aktif Untuk Durian